Keluarga terkejut dikunjungi pendakwah terkenal, Mufti Menk muncul depan rumah

 


Seorang wanita mengaku terkejut apabila pendakwah terkenal dari Zimbabwe, Ismail Menk atau Mufti Menk berkunjung ke kediaman ahli keluarganya baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok, kehadiran ulama terkemuka itu adalah demi menunaikan permintaan ibunya yang mengambil masa sebulan untuk dirancang.

Terkejut! Abang ipar cepat-cepat sambut

VIDEO KLIK DISINI

“Beliau memberkati kami dengan kehadirannya. Saya tahu mama saya mahu berjumpa dengannya sekali lagi, jadi pertemuan ini mengambil masa satu bulan untuk dirancang.

“Apabila saya tahu dia akan datang ke Malaysia, saya menghantar mesej kepadanya untuk menjemputnya (datang ke rumah),” tulis Att di ruangan kapsyen.

Rakaman berdurasi lebih lima minit itu memaparkan pendakwah berusia 48 tahun tersebut dilihat hadir seorang diri selain turut memberikan tazkirah sambil bersantai serta beramah mesra bersama keluarga berkenaan.

Mengulas tentang hubungan rapat antara kedua-dua pihak, Att yang juga jurumekap artis berkata, dia sekeluarga pernah terjumpa pendakwah itu di sebuah pusat beli-belah pada lima tahun lalu.

“Ketika itu, mama meminta beliau menasihati saya soal jodoh. Beliau memberitahu mama supaya memberi saya masa untuk mencari jodoh dengan cara saya sendiri.

“Genap empat tahun kemudian, sekali lagi bersama Mufti di rumah kami bersama mama dan suami saya,” kongsinya menerusi satu ciapan di laman Twitter.

Difahamkan, Mufti Menk yang melakukan kunjungan ke Malaysia turut diraikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum bermuzakarah mengenai beberapa jalur pemikiran umat.

Sumber: TikTok & Twitter Att Yusof / OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post