Segamat: Imam Masjid Jamek Pasir Pelangi di Johor Bahru, Nur Nikman Yusof mninggal dunia ketika bermain badminton di Dewan Li Chi Kampung Abdullah, di sini, malam tadi.
Difahamkan, Allahyarham juga mantan Imam Masjid Bandar Labis rebah secara tiba-tiba dan disahkan mninggal dunia.
Rakannya, Mohamad Abdullah, 49, berkata, dia pernah bertugas bersama Nur Nikman, 40-an, sebagai imam di Masjid Bandar Labis dan menyifatkan arwah seorang imam ratib yang berdedikasi menjalankan tugas serta amanahnya.
"Lewat malam tadi, saya mendapat perkhabaran duka dan menyedihkan, rakan imam yang sama pernah berkhidmat di Masjid Bandar Labis, Ustaz Nur Nikman meninggal dunia.
"Dia rebah selepas bermain badminton dan tidak berjaya dipulihkan serta disahkan meninggal dunia," katanya ditemui di Labis di sini, hari ini
Katanya, Nur Nikman berasal dari Pokok Sena, Kedah dan terkenal dengan usaha menjadikan Masjid Bandar Labis pusat aktiviti pengajian Islam dan al-Quran.
Menurutnya, di Masjid Bandar Labis, Allahyarham mengajar jemaah membaca al-Quran, tajwid dan taranum.
"Sepanjang saya bersamanya, arwah disenangi masyarakat setempat dan kehidupannya banyak dihabiskan dengan al-Quran.
"Arwh dimaklumkan pulang ke kediaman isterinya di Felda Tenang dan sempat bermain badminton," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 11.15 malam dan sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati mangsa yang lengkap berpakaian sukan itu terbaring di lantai.
Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati menge,jut.
"Seorang pemain yang berada di l0kasi kemudiannya menghubungi Paramedik Hospital Daerah Segamat (HDS)
"Pemeriksaan petugas ambulans yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan.
Jen4zah dibawa pulang ke kampungnya di Pokok Sena, dari Masjid Bandar Labis di sini, kira-kira jam 4 petang tadi.
Sumber : HM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Coretannasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.