Sebak…Doktor Tenangkan Wanita Bersalin Tanpa Suami Akibat Sudah Bercerai


Menanti detik-detik melahirkan anak, wanita mana yang tidak sedih apabila suami mereka tidak menemani di sisi. Apa juga masalah yang sedang dihadapi dalam rumah tangga, seorang lelaki tidak seharusnya membiarkan para isteri melalui situasi getir itu sendirian. Namun apakan daya bagi seorang ibu ini, demikianlah dugaan yang terpaksa dihadapinya.

Jangan sedih ya, tak mengapa…Jangan sedih, nanti kamu pasti akan baik-baik sahaja

Dalam perkongsian seorang pakar bidan bernama Dr Indra Tarigan, beliau berkongsikan sebuah rakaman sedih bagaimana dia selamat menyambut kelahiran seorang bayi tanpa sosok ayah kandung di sisi. Ketika anak kecil itu dibawa berjumpa ibunya yang masih terbaring dalam labour room, suasana di sana bertambah hiba apabila wanita ini gagal menahan air matanya.

Sayang pada Mama kamu nanti, ya? Jadi anak yang soleh & memberi manfaat

Jelas Dr Indra, wanita berkenaan sudah bercerai dan kerana itulah bekas suaminya tiada di sana sewaktu anak mereka dilahirkan ke dunia ini. Seolah-olah memahami kesedihan yang tersirat dalam hati, beliau terus memberikan kata-kata semangat dan menyifatkan zuriat itu bakal menjadi pengubat lara dalam kehidupan ibunya kelak.

Jaga hati, jaga nafsu, jaga emosi…Jangan mempermainkan perasaan wanita

Mengambil ikhtibar dari kisah ini, Dr Indra sempat mencoretkan pesanan terbuka di ruangan kapsyen video TikTok tersebut. Beliau menasihati para lelaki untuk sentiasa menjadi sosok yang setia untuk isteri dan anak-anak sekaligus memainkan peranan penting sebagai ayah secara serius.

@dr.indratarigan Semesta akan menjadi ayahmu.. 🥺 Agar jangan salah faham..tulisan ini untuk diriku.. tetapi boleh juga dibaca Untuk @semua orang terutama laki laki yang akan menjadi ayah atau calon ayah nantinya.. Jaga hati.. jaga nafsu.. jaga emosi.. jaga iman.. jaga kesehatan.. jaga diri.. jangan memepermainkan perasaan wanita.. Teruslah belajar.. terus memperbaiki diri.. Hadir dan jangan hilang untuk anak dan keluarga.. bukan sekedar hadir fisiknya.. tetapi hadir secara utuh lahir dan bathin menjalankan fungsi sebagai ayah.. sekali lagi, jangan mempermainkan perasaan wanita.. Karena kalau kalau kita main main dengan hati yang lain , atau pergi.. kita hilang.. akan ada anak anak yang kehilangan ayah.. Dia hanya akan berayahkan semesta.. Dan anak anak yang berayahkan semesta bisa saja tersesat di luasnya alam jagad raya ini..🥺 #selfreminder *** Video dibuat dan diunggah dengan persetujuan pasien dan keluarga untuk dokumentasi. #doaibupersada #haru #bahagia #sedih #bayi ♬ Hal Terindah Seventine - 👑QueenVie💃

KREDIT : TikTok Dr Indra Tarigan / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post