Guru Pendidikan Khas Pindah Sekolah, Murid Istimewa Nangis Untuk Berpisah


Di tengah-tengah kehangatan isu seorang guru di Tuaran, Sabah menghina fizikal murid OKU, satu video menyaksikan majlis perpisahan di sebuah sekolah ini malah viral dan menyejukkan hati ramai. Dalam klip berkenaan, pendidik bernama Cikgu Jihah telah diraikan dalam sebuah acara yang turut mencetuskan rasa sedih seisi dewan.

Murid pendidikan khas pun ada perasaan sedih bila cikgu kesayangan berpindah sekolah

Selaku guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), sudah pasti tugas mendidik anak-anak istimewa memerlukan kesabaran dan komitmen yang sangat tinggi. Walaupun banyak cabarannya, perasaan untuk berpisah dengan anak muridnya terlihat sukar hinggakan Cikgu Jihah dilihat gagal menahan air matanya ketika memujuk serta memberikan pesanan terakhir. Tambah pula melihat ada pelajar yang menangis ketika bersalaman di hadapan, suasana di ruangan itu menjadi semakin sebak.

@nddyco Murid pendidikan khas pun ada perasaan 🥺 bila cikgu kesayangan berpindah #sekolah #ppki #specialeducation #fypシ #Hello2024 ♬ tak akan pernah jauh - bigboss

Cikgunya seorang yang hebat, sentiasa ceria, mesra dengan budak buatkan ramai menangis

Daripada cara beliau memegang badan serta tutur kata yang lembut kepada setiap anak muridnya, keikhlasan jiwa Cikgu Jihah sebagai guru PPKI semakin terserlah. Bukan sahaja hebat mendidik, malahan beliau digambarkan sebagai guru yang ceria dan sangat mesra dengan para pelajar.

@nddyco Replying to @YourAdinda 🕊️ sbb cikgunya seorang yang hebat, sentiasa ceria, mesra dengan budak buatkan ramai menangis #sekolah #ppki #specialeducation ♬ Hanya Rindu - Andmesh

Mesti ada sebab diaorang nangis…Mesti cikgu baik sangat, mereka sendiri dapat menilai

Sejak dikongsikan ke TikTok, rakaman berdurasi 21 saat ini sudah meraih hampir setengah juta tontonan. Ramai netizen ikut sebak selain menyifatkan murid-murid tersebut mampu menilai dan merasai kebaikan hati Cikgu Jihah selama bertugas di sekolah tersebut.

Kredit : TikTok nddyco / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post