Tiga kereta bertembung! 2 maut tercampak dalam longkang, 5 lagi cedera termasuk bayi


Dua mangsa maut selepas tercampak dalam longkang dalam kemalangan di Klang.

DUA maut manakala lima lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Persiaran Sultan Ibrahim Bandar Baru Klang, Selangor.

Kemalangan pada awal pagi Jumaat itu melibatkan tiga kereta masing-masing jenis Perodua Bezza, Honda City dan Toyota Camry.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, lima anggota termasuk pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.23 pagi.

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan pada Jumaat.

"Pasukan Bomba daripada BBP Sungai Pinang digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Dua lelaki yang tercampak ke dalam longkang disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM), manakala lima lagi termasuk seorang bayi dilaporkan cedera,” ujarnya.

Kata Mukhlis lagi, kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tambahnya, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




Post a Comment (0)
Previous Post Next Post