“Saya Perlukan Kalian”, Kakak Pelajar Maut Minta Saksi Buat Laporan


 “Saya Perlukan Kalian”, Kakak Pelajar Maut Minta Saksi Buat Laporan

Kakak kepada pelajar yang maut dalam kemalangan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru semalam memohon saksi yang melihat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.

Permintaan itu dibuat oleh kakak mangsa menerusi akaun, Zetty Zamrie di laman Facebook pagi tadi.

Zetty mendakwa, ketika kejadian ramai orang awam berada di lokasi kemalangan tersebut.

Manakala ketika itu, dia sedang memberikan bantuan kepada adiknya dan tidak memberi fokus kepada situasi di sekeliling.

Justeru, beliau dengan rendah diri ingin memohon bantuan saksi kejadian agar tampil ke hadapan dan membuat laporan polis.

Rayuan itu dibuat juga agar saksi-saksi dapat membantu keluarganya mencari keadilan untuk arwah adiknya.

“Saya perlukan kalian saksi kejadian untuk tampil membuat laporan di IPD Ipoh. Dengan rendah diri saya mohon dan merayu sangat-sangat bantulah saya untuk menegakkan keadilan buat arwah adik saya.

“Letaklah sedikit ihsan sesama manusia kepada keluarga saya. Bantulah kami. Ibu bapa saya kehilangan anak bongsunya,” tulis perkongsian itu lagi.

Semalam, pihak polis mengesahkan telah menahan seorang pegawai kanannya, disyaki suspek utama yang memandu Perodua Ativa yang terlibat dalam kemalangan itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Daerah Ipoh, pegawai kanan itu bertugas di Kontinjen Kedah.

Kes Pelajar Maut Dilanggar: KPN Beri Jaminan Siasatan Telus & Adil

Dalam perkembangan terbaru, PDRM memberi jaminan bahawa siasatan secara telus dan adil akan dijalankan berhubung kes kemalangan maut pelajar tersebut

Memetik Sinar Harian, jaminan itu telah diberikan sendiri oleh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razrudin Husain dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, arahan untuk menyiasat kes itu secara menyeluruh itu juga telah dikeluarkan.

Manakala BERNAMA sebentar tadi melaporkan suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Perintah reman terhadap lelaki berkenaan dikeluarkan Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh bagi membenarkan permohonan polis untuk siasatan kes berkenaan.

Sumber : Siakapkeli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post