Isteri Bunting Pelamin Stress Dianggap Hamil Luar Nikah, Janin Pergi Selamanya


Walaupun sudah berkali-kali isu bunting pelamin dibincangkan secara terbuka, nampaknya masih ada segelintir masyarakat yang tidak faham dengan situasi ini. Baru kahwin 4 minggu, namun kandungan sudah mencecah usia 6 minggu. Meskipun terlebih 2 minggu, bukan bermakna seseorang wanita itu sedang hamil luar nikah.

Diaorang ni tak faham…”Eh dia ni baru kahwin dah ada anak”

Baru-baru ini, sepasang suami isteri mendedahkan kisah sedih bagaimana mereka menghadapi pemergian bayi tercinta yang baru dikandung selama sebulan lebih. Sebagai info, Afiq dan Manis yang merupakan kru produksi YouTuber Alieff Irfan telah mendirikan rumah tangga pada bulan Oktober lalu. Diberikan rezeki zuriat awal, mulanya pasangan ini lebih selesa merahsiakan berita baik itu memandangkan pengikut mereka juga terdiri daripada remaja bawah umur yang belum faham tentang konsep bunting pelamin.

Selepas nikah memang ada period…Period tu menyebabkan saya subur…Itu semua rezeki

Dianggap kononnya sudah mengandung sebelum bernikah, Manis akui dirinya tidak boleh menerima fitnah berat sebegitu. Mengikut perancangan asal, sebenarnya dia dan suami mahu mengumumkan perkara baik itu setelah kandungan mencecah usia 4 bulan. Namun sudah tertulis takdir Allah, ‘malaikat kecil’ itu cuma sempat menghuni rahim Manis untuk seketika sahaja. Tidak menyalahkan mana-mana netizen, pasangan ini justeru meminta maaf sekiranya ada tingkah laku mereka yang mengundang rasa kurang senang sesiapa.

Yang beri tekanan kat saya bila orang dok cakap “Kau mesti ada isi dulu, baru kau kahwin”

Sepanjang kehamilan, Manis sentiasa menjaga pemakanan termasuklah pengambilan suplemen tertentu. Namun hasil pemeriksaan lanjut, doktor mengesahkan stress yang dialami Manis adalah punca mengapa janinnya tidak berkembang dengan baik. Manis kemudiannya akui dia turut mengalami depresi setelah dianggap hamil sebelum kahwin. Menerima takdir ini dengan lapang dada, dia berkata sudah memaafkan pihak-pihak yang melemparkan kata-kata kesat.

“The good news, saya pregnant. The bad news, anak saya disahkan tiada, tak kekal lama & tidak berkembang”

KREDIT : YouTube AI Manis / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post