Kisah Hijrah Mak Nyah Pernah Jadi Teladan, Cikgu Ery Hembus Nafas Terakhir


Bertahun-tahun bergelumang dengan gaya hidup seorang Mak Nyah, sebelum ini kisah penghijrahan individu tabah bernama Mohd Khariri Mohamad Ramli a.k.a Cikgu Ery pernah menarik perhatian ramai. Siapa sangka hari ini, Guru Besar SK Bukit Tinggi sendiri berkongsikan berita sedih tentang pemergian Cikgu Ery.

Cikgu Ery dipercayai mengalami heart attack ketika mengendalikan aktiviti senaman

Sudah suratan takdir, Allahyarham Cikgu Ery dikatakan rebah ketika sedang mengendalikan aktiviti senaman di sebuah taman rekreasi berlokasi di Telok Panglima Garang, Selangor. Dipercayai mengalami heart attack, pemergian itu juga sudah disahkan oleh petugas medik yang terlibat.

Hantaran terakhir di TikTok menyaksikan Cikgu Ery sedang belajar mengaji

Hasil tinjauan terakhir ke TikToknya, Cikgu Ery dilihat memuat naik video dirinya sedang belajar mengaji. Selain bergelar guru Bahasa Melayu di SK Bukit Tinggi, Allahyarham sebelum ini turut terlibat sebagai aktivis dalam sebuah NGO yang memberikan bimbingan hijrah kepada golongan ‘songsang’.

@erycomel2022

♬ original sound - erycomel2022

Kehidupan masa lampau saya sangat menyedihkan…Jauh di sudut hati tiada ketenangan

Sebelum ini, Cikgu Ery pernah berkongsikan jerih perih sebagai Mak Nyah termasuklah bagaimana dirinya merasa tidak tenang meskipun waktu itu dia mempunyai kekayaan yang banyak. Bermula dari situ, pendidik ini sedar pencarian jalan taubat ke jalan Allah akan menjawab segala kegelisahan di hatinya.

KREDIT : TikTok Erycomel2022, Portal Harian Metro & FB Zayan / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post