Siapa sangka isu ‘lauk perangat’ (dipanaskan) boleh menjadi permasalahan besar dalam rumah tangga. Kedengaran remeh, hakikatnya perkara sebegini benar-benar berlaku di luar sana dan boleh memberikan tekanan berpanjangan kepada golongan isteri apabila perlu memasak berkali-kali dalam masa sehari.
Percaya tak ada keluarga yang pantang lauk perangat ni?
Itulah kejadian sebenar yang didedahkan oleh seorang peguam syarie, Kheyr Hameed di Facebooknya tempoh lalu. Seorang wanita telah datang meluahkan masalah kepadanya tentang sikap suami yang tidak suka dihidangkan dengan lauk perangat.
Dalam erti kata lain, lelaki itu demand untuk dijamu dengan makanan fresh yang baru dimasak setiap hari tanpa memikirkan kesibukan harian si isteri.
Dia nangis kat dapur bersihkan lauk frozen yang dicampak…Suami balik rumah mak ayah
Setelah 6 tahun pernikahan, wanita itu mula tertekan untuk melayan kehendak suami di samping keperluan menguruskan anak-anak. Atas kesuntukan masa, dia cuba membuat makanan frozen pula. Malangnya si suami tetap tidak suka sehingga ke tahap membuang makanan yang sudah dihangatkan ke lantai.
Difahamkan, perangai itu umpama ‘diwarisi’ daripada tradisi keluarganya sejak dulu lagi.
Upah sesiapa dekat dengan rumah untuk bantu siapkan bahan makanan
Meskipun si isteri cuba menyelamatkan rumah tangganya, si suami katanya enggan hadir ke sesi kaunseling. Puan Kheyr Hameed kemudiannya mencadangkan agar pasangan ini mengupah pembantu harian.
Sekurang-kurangnya demi menyiapkan segala bahan memasak sekaligus memudahkan kerja isteri.
KREDIT : Facebook Kheyr Hameed / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.