"Reda Sajalah..." Peniaga Kecewa, Ikan & Udang Yang Disimpan Untuk Niaga Hilang


"Reda Sajalah..." Peniaga Kecewa, Ikan & Udang Yang Disimpan Untuk Niaga Hilang

Seorang peniaga meluahkan rasa kecewa selepas mendapati barang basahan yang disimpan di tempat niaganya hilang sekali gus membuatkannya putus harapan.

Menerusi video yang dimuat naik @mukhriznasir_, ia menunjukkan beberapa barang seperti khemah dan juga alat penimbang tidak ditemui di lokasi tersebut.

Tidak hanya itu, malah barang jualannya seperti ikan dan udang juga tidak kelihatan di dalam kotak yang sedia ada.

“Kotak satu dah hilang, penimbang hilang, khemah dah tiada.

“Ikan ada, udang tiada. Kosong, memang kosongkan. Termenung, udang hilang,” katanya dengan sayu.

Dalam video tersebut, lelaki itu hanya mampu meluahkan keluh-kesahnya berkenaan dengan barangan yang hilang itu.

Jelasnya, dia bersusah payah mengambil barang jualan itu menggunakan motosikal disebabkan keretanya yang berjenama Proton Wira rosak.

Dia turut menceritakan bahawa dirinya telah berhabis banyak duit disebabkan keretanya mengalami kerosakan yang tidak dijangka.

“Kereta kami rosak, gearbox pecah, kami pergi ambil ikan pun naik motosikal.
“Sebab clutch kereta mula-mula putus, duit dah keluarkan. Bila dah tahu punca, rupanya gearbox rosak, Allahuakbar.
“(Kalau) nak berniaga, nak berniaga apa? Barang hilang,” rintihnya.

"Reda sajalah..."

Lelaki tersebut dengan nada sedih mengatakan dia tidak dapat simpan barangan tersebut di rumahnya kerana tidak mempunyai pengangkutan yang besar untuk mengangkat barang jualannya.

Meskipun tidak mengetahui sebab di sebalik semua perkara yang terjadi, lelaki tersebut memilih untuk reda dengan situasi itu.

Pelbagai rintangan yang dihadapi olehnya ketika mengambil barangan basah itu tetapi sudah ditetapkan rezeki itu bukan miliknya dan dia hanya mampu merelakan dengan ikhlas.

“Dahlah kereta rosak, barang (jualan) hilang pula dah.

“Kami simpan barang dekat sini, selimut sekali dengan kain inilah. Tapi tidak tahu pula dengan dugaan hari ini.

“Tak mengapalah pergi ambil (barang jualan) naik motosikal. Ambil naik motosikal selepas itu simpan dekat sini.

“Tak boleh nak bawa barang semua, rumah pun boleh tahan juga jauh. Tidak mengapalah, reda sajalah,” jelasnya.

Video tersebut kemudiannya meraih perhatian orang ramai dan rata-rata mereka menitipkan doa supaya urusan lelaki itu dimudahkan.

@mukhriznasir_ Dugaan Pagi ni, Allahu☺️ #famliyfish ♬ bunyi asal - MUKHRIZ SDN BHD

Sumber: @mukhriznasir_/TikTok / siakapkeli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post