Pelakon dan pengarah Majed Saleh meninggal dunia


Majed Salleh meninggal dunia.

PELAKON dan pengarah Majed Saleh dilaporkan meninggal dunia pada pagi Jumaat.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 65 tahun.

Berita sedih itu disahkan oleh isteri Allahyarham iaitu Nur Shida Mohd Zikir, 42, memaklumkan Majed atau Abdul Majed Saleh meninggal dunia disebabkan komplikasi jantung yang mengakibatkan kesan pada organ buah pinggang dan hati.

Tambah Shida, Majed sudah dirawat selama dua minggu di Hospital Selayang sebelum disahkan meninggal dunia awal pagi Jumaat.

Majed pernah membintangi dan mengarahkan drama Gerak Khas.

"Suami saya meninggal dunia selepas azan Subuh pagi (Jumaat) tadi di Hospital Selayang. Dia mempunyai komplikasi jantung dan terbaru dia dimasukkan ke hospital kerana sudah memberi kesan kepada buah pinggang d'an hati.

"Disebabkan itu keadaannya semakin teruk. Dia sudah berada di hospital kira-kira dua minggu," katanya ketika dihubungi mStar.

Sementara penyanyi Shiha Zikir sebelum itu turut memaklumkan abang iparnya sudah kembali ke rahmatullah dan dia seakan tidak percaya dengan berita duka yang diterima itu.

"Assalamualaikum, abang ipar saya Abdul Majed Mohd Saleh telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Suami saya meninggal dunia selepas azan Subuh pagi (Jumaat) tadi di Hospital Selayang.

NUR SHIDA MOHD ZIKIR

ISTERI MAJED SALEH

"Mohon sedekahkan al-Fatihah buat almarhum... semoga diampunkan segala dosa-dosanya dan tergolong bersama golongan orang beriman.

"Masih tak percaya... rasa nak padam semula hantaran tadi," ujarnya.

Shiha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Pada Jun lalu, Majed selamat menjalani pembedahan memasukkan perentak jantng bagi menguatkan organ itu di Hospital Serdang, Selangor.

Majed meninggal dunia pada pagi Jumaat.

Sebelum ini ketika ditemu bual mStar, isterinya Nur Shida Mohd Zikir, 42, memberitahu keadaan jantung Majed lemah dan hanya berfungsi 25 peratus.

Pembedahan memasukkan perentak adalah langkah terbaik memandangkan faktor usia jika mahu melakukan prosedur lain seperti stent atau pintasan jantung.

Untuk rekod, Majed pernah menjadi pengarah dan pelakon bagi drama siri Gerak Khas dan membintangi beberapa buah filem termasuk Mekanik dan Kembara Seniman Jalanan.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post