Majikan kongsi detik terakhir Bad Indigo... Sempat jamah nasi lemak, muntah sebelum tak sedarkan diri dalam kereta


Bad meninggal dunia pada Khamis lalu.

MAJIKAN kepada penyanyi Bad Indigo menceritakan detik-detik terakhir Allahyarham sebelum disahkan meninggal dunia pada petang Khamis lalu.

Wan Ohar memberitahu arwah ada mengadu sakit perut selepas menikmati hidangan nasi lemak pada sebelah pagi namun tidak menunjukkan sebarang tanda pelik lain.

"Pagi semalam (Khamis) memang nampak sihat cuma dia kata sakit perut sebab makan nasi lemak.

"Dia (Bad) memang jenis tak buang air besar dekat bengkel tapi sejak dua hari lepas dia masuk tandas dan kami semua terkejut. Bad cuma gelak cakap dia sakit perut," katanya.

Wan berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Meskipun kesihatannya terganggu, Bad tetap cuba berdikari malah mempunyai pekerjaan tetap.

Pada Khamis lalu, Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, disahkan meninggal dunia selepas dilaporkan mengalami sesak nafas di tempat kerjanya di Reiber Auto, Bukit Permai, Ampang, Selangor.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara pada Jumaat.

Bercerita lanjut mengenai detik akhir Bad, Wan memberitahu arwah mengalami muntah-muntah sebelum tidak sedarkan diri.

Malah kata Wan, arwah juga sudah tidak memberi sebarang respon terhadap semua cubaan membantu menyelamatkannya sementara menanti ambulans.

"Pekerja beritahu Bad muntah-muntah, berlarilah kami tengok dia yang sudah ada dalam kereta.

"Waktu itu keadaan matanya seperti orang baru bangun tidur, kami panggil dan tepuk pipinya pun sudah tiada respon tapi lidah dia masih bergerak dan bernafas," jelasnya.

Menurut paramedik sudah lebih 15 minit oksigen tidak sampai ke otaknya dan memaklumkan arwah sudah meninggal dunia.

WAN OHAR

MAJIKAN BAD INDIGO

Dalam pada itu, Wan memberitahu sebelum ini Bad sudah dua kali mengalami hypoglycaemia atau kadar gula rendah dalam darah di bengkel yang menyebabkan dia menjadi lemah.

Kata Wan, biasanya mereka akan memberi air berkarbonat bagi membolehkan kadar gula dalam darahnya kembali meningkat dengan cepat.

Bagaimanapun cubaan kali ini tidak berjaya menyedarkan Allahyarham

Allahyarham Bad meninggal dunia pada petang Khamis.

"Saya sudah dua kali saksi dia terkena 'hypo', ubatnya bagi minuman air berkarbonat, tak sampai 15 saat dia akan okay.

"Semalam mungkin ramai panik, tengok dia pun berpeluh-peluh lain macam. Saya sempat beli air berkarbonat tapi dia dah tak boleh minum," ujarnya.

Tambahnya, ketika pasukan paramedik datang ke tempat kejadian, jururawat yang memeriksa keadaannya mengesahkan Bad sudah meninggal dunia.

"Selepas ambulans sampai, paramedik tidak henti-henti berikan bantuan pernafasan, menekan dada selain menjerit namanya di telinga... Tapi dia sudah tidak memberi sebarang respon.

Bad antara selebriti yang terlibat dalam program CSR mStar Baek yang turut mendapat tajaan Noir Health & Beauty.

"Jururawat pun ada bertanya sudah berapa lama (Bad tidak sedarkan diri), kami kata dalam 25 minit lebih kurang.

"Menurut paramedik, sudah lebih 15 minit oksigen tidak sampai ke otaknya dan memaklumkan arwah sudah meninggal dunia," katanya.

Untuk rekod, Bad menderita penyakit jantung selain diabetes sejak 10 tahun lalu.

Pada Januari 2021 Bad terpaksa menjalani pembedahan secara berperingkat memotong jari kaki kirinya yang mengalami luka akibat diabetes di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post