Kasih Ibu Teman Anak Sepanjang Pengajian, Tinggal Di USM Bantu Urusan Harian

Tanggungjawab seorang ibu tersangatlah besar terutama kepada anak perempuannya. Selain daripada memberi perlindungan, ibu juga merangkap guru dalam memberi semangat kepada anak dalam setiap langkahnya mencapai kejayaan. Itulah yang dilakukan oleh Rosmawati Salleh buat anaknya yang merupakan salah seorang pelajar baru di Universiti Sains Malaysia (USM).

Nursyuhaila pernah bercuti selama 1 tahun semasa berada di Tingkatan 4

Nursyuhaila Abdullah dahulunya pernah menghidap tuberkulosis yang menyerang saraf tunjang dan memberi kesan kepada kedua belah kakinya sehingga lumpuh. Ia menyebabkan sukar untuk dirinya melakukan aktiviti atau apa sahaja perkara yang kebiasaan dilakukan oleh rakan-rakan sebaya. Namun itu bukanlah tembok yang menghalang Nursyuhaila untuk menjadi pelajar cemerlang dan meraih 6A dalam SPM tahun lalu. Lebih mengharukan apabila ibunya membuat pilihan untuk tinggal bersama di dalam USM bagi membantu urusan harian seperti menyediakan makan, mandi dan melakukan sebarang pergerakan.

Masih perlu bantuan ibu untuk bergerak kemana-mana

Dikatakan semasa Nursyuhaila berada di bangku sekolah, ibunya bertanggungjawab untuk datang semula ke sekolah pada waktu rehat bagi menguruskan pergerakannya ke tandas dan menyediakan makanan. Walaupun ibunya kerap kali ulang alik seperti itu, tidak pernah sekali si ibu mengeluh disebabkan kelelahan merawatnya. Memang tidak dinafikan, perhatian ibu Rosmawati lebih tertumpu kepada Nursyuhaila dan kebetulan dia merupakan anak bongsu daripada empat beradik.

Belajar sungguh-sungguh dan mahu bergelar seorang pensyarah suatu hari nanti

Semasa hari pertama Nursyuhaila di USM, kelihatan si ibu turut menemani anaknya untuk sesi pendaftaran dan menolak kerusi roda dalam mempermudahkan urusan. Dengan keberadaan ibu bersama si anak, secara tak langsung menjadi penguat semangat untuk dirinya belajar dan mengejar cita-cita menjadi seorang pensyarah. Dia juga akui sangat bersyukur kerana ibunya mahu mengorbankan waktu untuk menemaninya di USM sepanjang pengajian.


Kredit : Youtube Harian Metro & Facebook Nursyuhada Abdullah / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post