“Hidup Ini Keras” – Lama Tiada Job, Raja Afiq Tak Segan Jadi Pekerja Am Di Bank


Pelakon Raja Afiq yang pernah popular menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz sudah lama tidak muncul di kaca televisyen. Siapa sangka, dirinya kini sudah mempunyai kerja lain di sebuah bank demi meneruskan kelangsungan hidup.

Aku anggap benda tu sebagai satu cabaran. Orang kata pengorbanan tu yang mahal

Menerusi temubual mStar Online, Raja Afiq akui dirinya sudah jarang menerima tawaran berlakon sejak awal tahun ini. Pelbagai tanggapan yang diberikan oleh orang ramai apabila dirinya telah lama hilang dari industri seni. Namun dia tidak menyalahkan mana-mana pihak dan beranggapan semua yang berlaku adalah takdirnya dalam memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Salah satunya aku buat bisnes, meniaga dan kerja bank. Hidup ni perlu diteruskan

Bagaimanapun, demi menyara keluarga dia terpaksa mengorbankan minatnya dalam bidang lakonan dan menurunkan ego dengan mencari pekerjaan lain. Selain menjalankan bisnes online, Raja Afiq kini sudah bekerja di sebuah syarikat perbankan. Biarpun begitu, dia tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk berlakon semula.


Aku nak jadi seorang lelaki yang bertanggungjawab

Pada awalnya, dia mengakui timbul perasaan malu untuk menjadi seorang pekerja am. Tetapi, keadaan memaksa untuk dia tetap bekerja dan mencari sumber rezeki bagi menyara keluarganya. Apa jua kritikan yang diterima, dia tidak mengambil sebagai satu isu yang negatif. Malah dia menganggap ia sebagai satu bentuk cabaran baginya. Walau bagaimanapun, dia tidak menafikan bahawa ada perasaan rindu di hatinya untuk kembali berlakon.



Kredit : Youtube mStar Online Malaysia / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post