Hanya mampu meraung selepas pulih dari koma, wanita reda terima takdir... Mahu jumpa saksi tragedi bayi 10 bulan tercampak


 Zaty merindui anaknya yang meninggal dunia empat tahun lalu.


Zaty merindui anaknya yang meninggal dunia empat tahun lalu.

KERINDUAN seorang ibu terhadap anaknya bagaikan tiada penghujung.

Hanya video-video lama yang menjadi pengubat rindu sejak kisah hitam yang berlaku empat tahun lalu,

Wan Nur Izzaty, 26, akan memuat naik video-video tersebut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam di Johor Bahru, pada 14 April 2019.

Dia kini mengumpul kekuatan untuk mencari seseorang yang merupakan saksi kejadian yang meragut nyawa anak perempuannya, Nur Auliya Inara Mohamad Nirzaudy Haiqal yang ketika itu berusia 10 bulan.



Kemalangan yang meragut nyawa anak Zaty.

Mengimbas kembali, dia yang mesra disapa Zaty berkata, tragedi itu menyebabkan anaknya tercampak keluar dari kereta yang dinaiki mereka sekeluarga selepas dirempuh kenderaan lain dari arah belakang.

"Setiap kali tarikh kemalangan itu atau rindu anak, saya akan post video. Cuma kali ini video tu viral. Ada orang komen dekat video tu beritahu dia saksi pertama kejadian.

"Selepas sekian lama menunggu, kali ini saya berharap dapat jumpa dengan dia dan berterima kasih sebab berani bawa anak saya ke hospital selepas kami terlibat dalam kemalangan.

"Saya pula koma selama dua hingga tiga hari kerana kecederaan yang teruk. Ketika itu saya memang tak tahu apa-apa yang berlaku pada keluarga terutama anak-anak," katanya kepada mStar.

Menurut Zaty, kemalangan itu menyebabkan dirinya cedera parah di bahagian badan, kaki dan muka, serta hilang ingatan.

Perkara pertama yang terlintas sebaik sedar dari koma adalah anak-anaknya.

"Selepas sedar tu saya tak berapa ingat apa yang berlaku. Saya tanya mak tentang anak-anak. Mak cakap mereka okay siap tunjuk arah luar wad sebab budak-budak tak dibenarkan masuk.

"Bila tanya fasal Auliya, mak cuma cakap 'ada' tapi tak tunjuk. Saya minta mak belikan pam susu sebab kasihan dia tak nak susu lain selain susu badan. Mak ambil dan diamkan diri saja," ujarnya.

Malam terakhir dia dengan saya tu memang tak nak berpisah langsung.
WAN NUR IZZATY

Hanya setelah seminggu menjalani rawatan barulah Zary dimaklumkan perkhabaran sedih itu.

"Mak cakap dia tak boleh nak beritahu tentang arwah anak sebab doktor cakap saya masih belum stabil masa tu. Selepas seminggu barulah mak beritahu yang seorang anak saya meninggal dunia.

"Apa-apa yang terjadi ketika itu, saya masih di hospital. Saya hanya mampu meraung panggil nama anak," ujarnya yang berasal dari Johor Bahru.



Zaty bersama dua anak kesayangan.

Menurut Zaty, momen malam terakhir bersama anaknya sebelum tragedi ngeri itu masih segar dalam ingatannya.

Walau bagaimanapun, suri rumah itu tetap mengharapkan orang ramai supaya mendoakan agar dirinya diberikan kekuatan untuk menerima ujian berat kehilangan anak perempuannya.

"Arwah merupakan anak yang senang dijaga, susah nak dengar dia menangis. 24 jam dia berkepit dengan saya,

"Malam terakhir tu, dia memang tak nak berpisah langsung. Nak didukung dan dipeluk je, jauh sikit je dia menangis.

"Maafkan mama dik sebab tak peluk adik kuat-kuat masa tu," katanya dengan nada sebak.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post