Bukan saja merdu laung azan, rupanya adik Amir Sisi johan nasyid... Juara ‘The Chosen One’ banggakan Orang Asli


GURU pembimbing kepada penyanyi kanak-kanak Amir Sisi iaitu Muhd Isa Afiq Masuddi berbangga dengan kejayaan pelajarnya itu menjuarai program nyanyian The Chosen One.

Kata Isa, 30, sejak berusia tujuh tahun Amir sudah menunjukkan bakat dan aktif dengan pertandingan nasyid di sekolah.

Malah, kejayaan itu juga telah membuka mata masyarakat Malaysia mengenai bakat yang ada pada anak-anak Orang Asli.

“Dia (Amir) dah menyanyi lama dah cuma orang tak bagi perhatian pun.

“Tapi nak jadikan cerita dia masuk The Chosen One tiba-tiba dia jadi fenomena pula,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Isa memberitahu Amir juga sudah biasa melaungkan azan dan mengetuai bacaan zikir apabila berada di asrama.

Sebelum menjuarai The Chosen One, Amir pernah dinobatkan sebagai johan peringkat kebangsaan mewakili negeri Perak dalam Nyanyian Solo Kerohanian 2022.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post