Makanan boleh mengingatkan seseorang itu kepada mereka yang sudah tiada. -Gambar hiasan
PEMERGIAN anak kesayangan buat selama-lamanya pasti meruntun jiwa setiap ibu bapa.
Lebih-lebih lagi apabila perpisan itu berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang petunjuk.
Melalui satu perkongsian di TikTok, seorang wanita pertengahan usia meluahkan rasa rindu terhadap arwah anaknya yang sudah tujuh tahun dijemput Ilahi.
Nasi goreng merupakan makanan kegemaran ramai. -Gambar hiasan
Perit untuk melepaskan, lebih-lebih lagi apabila hidangan nasi goreng yang merupakan makanan kegemaran anak sering mengingatkan si ibu kepada memori hitam lalu.
"Masih segar dalam ingatan mama, pukul 10.30 malam pada bulan Ramadan, 14 Jun tahun 2016, Boboy (anak) minta nak makan nasi goreng kegemaran dia untuk sahur esok harinya.
"Mama waktu tu jujur tengah penat dan agak malas nak masak, tapi sebab Boboy minta, mama masak juga. Maka pada awal pagi Ramadan ke-10, kami bersahur dengan nasi goreng kegemaran Boboy.
"Boboy gembira sangat makan nasi goreng tu, bercahaya mata Boboy apabila nampak hidangan kegeraman dia panas-panas ada atas meja. Ceria betul Boboy, berselera dia makan," imbas wanita itu.
Tambah wanita itu lagi, masih segar dalam ingatanya tentang pesanan terakhir arwah yang membuatkan hatinya hancur lebur setiap kali diimbau kembali.
"Boboy minta mama simpankan lebihan nasi goreng daripada sahur untuk berbuka, Boboy siap cakap sedap sangat nasi goreng mama. Mama pun balas okay sayang!
Anak yang kehilangan ibu bapa kita panggil yatim piatu, tapi tiada panggilan untuk ibu bapa yang kehilangan anak, tak terjelas perasaan tu.
WARGA MAYA
"Jadi mama terus masukkan baki nasi goreng tu ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Nanti nak panaskan untuk berbuka. Tidak disangka hari itu adalah hari yang sungguh perit untuk mama, 15 Jun 2016.
"Waktu tu pukul 12.30 tengah hari, mama tunggu Boboy tak balik-balik dari sekolah, hati dah mula rasa semacam. Rupanya firasat mama betul, Boboy ditimpa kemalangan motosikal yang meragut nyawa boboy. Boboy baru 17 tahun masa tu.
"Tujuh tahun berlalu, masih sukar mama nak percaya Boboy dah tak ada. Setiap kali mama masak nasi goreng, mesti luluh hati mama dan berjuraian air mata ni," kata wanita itu.
Hubungan antara seorang ibu dan anaknya adalah istimewa. -Gambar hiasan
Menurutnya, hidangan nasi goreng menyimpan seribu satu memori yang dia ada bersama Boboy.
"Dulu, setiap kali mama masak nasi goreng, Boboy mesti akan datang dan cium mama, Boboy cakap nasi goreng mama paling sedap dalam dunia tau, I love you mama.
"Sekarang ni setahun sekali pun susah mama nak masak nasi goreng ni. Sebab mama tak kuat, mama akan ingat dekat Boboy, terbayang Boboy makan berulang-ulang kali nasi goreng ni.
"Boboy tenanglah dekat sana wahai anakku, mama rindukan Boboy setiap waktu. Mama sayang Boboy, tak akan pernah padam rasa sayang tu sampai ke akhir hayat mama.
Sebahagian komen warga maya.
"Inilah kisah nasi goreng terakhir anakku, satu-satunya cahaya mata yang Allah kurniakan pada aku dan kini Allah dah ambil kembali. Semoga Boboy tenang di sana," ujar wanita itu menutup bicara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berkongsi kisah yang sama seperti Boboy.
"Adik saya minat sangat nasi goreng, malam sebelum dia kemalangan, dia beli perencah nasi goreng dan sayur. Dia cakap nak masak esok pagi tapi tak sempat.
"Anak yang kehilangan ibu bapa kita panggil yatim piatu, tapi tiada panggilan untuk ibu bapa yang kehilangan anak, tak terjelas perasaan tu," kata sebahagian warga maya
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.