Aeril Zafrel jual Lamboghini miliknya, derma sebahagian buat Palestin


Pelakon terkenal, Aeril Zafrel memaklumkan yang sportcar jenis Lamboghini miliknya telah pun dijual selepas setahun digunakan.

Jarang guna sebab tu nak jual

Menerusi perkongsian di Insta Story, pemilik nama sebenar  Suhairil Sunari itu mengucapkan selamat tinggal kepada Lamborghini Aventador miliknya dengan mengatakan bahawa kenderaan tersebut jarang digunakannya.

Jadi, sebahagian daripada hasil dari jualan kereta tersebut akan disumbangkan kepada penduduk Palestin bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.

“Goodbye Lambo. Jarang sangat guna kereta ni. Jual jela. InsyaAllah, sebahagian hasil ni kita derma dekat Palestin,” tulisnya.

Aeril Zafrel derma sebahagian ke Palestin

Dalam pada itu, suami kepada Wawa Zainal ini juga turut menyertakan sekali resit transaksi sumbangan yang diberikan ke akaun Persatuan Cinta Gaza dengan jumlah yang dirahsiakan.

Aeril Zafrel ajak sama2 beri bantuan

Memetik laporan dari Kosmo! pelakon itu juga telah menyeru orang ramai untuk sama-sama membantu saudara-saudara kita di Palestin berikutan konflik yang sedang berlaku.

Difahamkan, kereta terbabit adalah hadiah daripada isterinya di atas usaha yang mereka lakukan bersama-sama sekitar enam tahun dalam membangunkan perniagaan.

Walau bagaimanapun, selepas sebulan memandu sportcar terbabit, Aeril bercadang mahu menjual kereta tersebut dengan alasan impiannya untuk memandu kenderaan berkenaan sudahpun terlaksana.

Wawa juga memberikan lampu hijau untuknya menjual Lamboghini itu selain tidak berkecil hati dengan tindakan tersebut.

Sumber: Instagram aerilzafrel, Kosmo! (Hanisah Selamat) / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post