Dalam meniti alam perkahwinan, pasangan mana yang tidak mahukan zuriat sebagai penyeri hidup mereka? Suami pastinya menjadi insan paling gembira saat isteri disahkan mengandung. Selama 9 bulan menanti detik-detik kelahiran, segala persiapan akan disediakan secukupnya khususnya menjelang trimester ketiga.
Ujian hebat untuk suami yang hebat…Kebahagiaan yang bakal dikecapi hilang sekelip mata
Namun bagi lelaki ini, dia berdepan ujian cukup hebat apabila kegembiraan untuk menyambut ahli keluarga baru berbaki sebulan sahaja lagi kini bertukar menjadi episod sedih dalam hidupnya. Akibat mengalami sesak nafas, isterinya, Nor Ezaty Binti Abdul Latif, 26, bersama kandungan berusia 8 bulan tidak dapat diselamatkan.
@mrwancaiofficial77 Ujian Hebat Untuk Suami Yang Hebat❗️ Kebahagiaan Yang Di Kecapi Hilang Dalam Sekelip Mata. Kehilangan Yang Di Lalui Bukan Satu Tapi Dua. Ibu Syahud Kini Berbahagia Bersama Anaknya Di Syurga😭
♬ Dawai - Fadhilah Intan
Bukan 1 tapi 2 kehilangan…Ibu yang syahid kini berbahagia dengan anak di syurga
Pemergian wanita berkenaan bersama anak syurganya diratapi oleh semua ahli keluarga yang datang ke upacara pengurusan. Si suami juga terlihat menangis saat mendukung bayinya buat kali terakhir sebelum dihantar selamanya untuk pulang ke negeri abadi.
@mrwancaiofficial77 Nor Ezaty Binti Abdul Latif Meninggal Dunia Bersama Anak Dalam Kandungannya Yang Berusia 8 Bulan. Punca Kematian Ibu Muda Berusia 26 Tahun Ini Adalah Di Sebabkan Sesak Nafas. InshaAllah Team UKVJ HQ Akan Membantu Pengurusannya Sebentar Lagi. Nantikan Live Yang Akan Di Buat Pada Bila² Masa!
♬ Dawai - Fadhilah Intan
TTC 4 tahun…Lama mereka tunggu tapi Allah lebih menyayangi
Lebih menghibakan, pihak keluarga mendedahkan pasangan suami isteri ini telah berusaha mendapatkan zuriat selama 4 tahun lamanya. Dijemput pulang tatkala rahimnya sudah ditiupkan malaikat kecil, hanya Allah sahaja mengetahui hikmah di sebalik dugaan berat ini.
KREDIT : Facebook & TikTok Mrwanchaiofficial77 / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.