[VIDEO] Cari Rezeki Sambil Bawa Anak, Lelaki Beri Wang Kepada Rider Ini Sentuh Hati Ramai


Bila kita berbuat baik orang yang melihat pasti akan berasa untuk mencontohi sikap tersebut

Tidak kiralah berbuat baik dalam bentuk memberi pertolongan dan memberi sedekah, jika kelakuan itu dilihat pasti akan dapat menyentuh hati seseorang itu untuk turut berbuat baik.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang penunggang motosikal berbuat baik dengan seorang penghantar makanan ketika berhenti di lampu isyarat.

@syahmiyem Terbaik orang Kuantan. Mungkin ini salah satu cara Tuhan nak jentik hati aku untuk lebih banyak sedekah 🥲 #kuantan #randomactsofkindness #randomactofkindness ♬ French Fuse Three Little Birds feat Ryclarkie - FRENCH FUSE

Memberi sedikit wang selepas melihat rider bekal by foodpanda bawa sekali anaknya semasa menghantar pesanan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang penunggang motosikal berbual dengan penghantar makanan yang juga sedang berhenti di di simpang lampu isyarat.

Apa yang menyentuh hati netizen adalah penghantar makanan itu turut membawa anaknya sekali keluar mencari rezeki. Keadaan itu mungkin menyebabkan lelaki yang menegur rider bekal by foodpanda itu memberi sedikit sumbangan wang kepadanya.

"Bila tengok act of kindness macam ni, memang bergenang air mata" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 87.4K views, 10.2K likes dan 288 shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok menunjukkan reaksi tersentuh dengan tindakan lelaki itu.



Semoga dimurahkan rezeki kedua-dua brother ni :)

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post