Tak sempat jumpa doktor, si bulus jadi korban serangan anjing... Perangai pelik tanda ‘nak pergi’


Tangkap layar video terakhir sebelum Acad 'pergi'. -Gambar TikTok

BUKAN haiwan peliharaan semata-mata, kucing sudah dianggap sebagai keluarga.

Kasih sayang yang diberikan kepada si bulus comel ini bagai menatang minyak yang penuh.

Namun perasaan pilu dan sedih menyelubungi seorang wanita apabila kucing kesayangan mengiau dalam keadaan lemah kerana sakit.

"Acad sakit ye, ala kasihannya. Acad sabar ye sayang, duduk diam-diam, sayang dia," kata pemiliknya.

Acad merupakan kucing kesayangan.

Menerusi video yang tular, kucing peliharaan itu dibawa menaiki kereta ke klinik veterinar, namun berlaku insiden yang tidak diduga sebelum ia sempat diberikan rawatan.

Seorang wanita memberitahu kucing berkenaan terlebih dahulu menemui ajal.

"Acad 'pergi' sebelum dapat dibawa jumpa dengan doktor veterinar, tapi ia bukan mati sebab sakit. Semuanya berlaku dengan terlalu cepat," katanya.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila kucing tersebut melarikan diri dan mereka cuba untuk menangkapnya.

"Kami cuba kejar untuk tangkap tapi Acad lompat masuk ke sebuah rumah.

"Di situ, Acad digigit sekumpulan anjing sehingga akhirnya ia mati," katanya dengan nada sebak.

Menurut wanita itu lagi, video yang dimuat naik di laman sosial merupakan rakaman terakhirnya bersama si bulus kesayangan bernama Acad dalam perjalanan ke klinik .

Sakitnya hilang kucing peliharaan ni macam hilang orang tersayang.

WARGA MAYA

"Kakak minta maaf sebab tak dapat lindungi Acad daripada anjing-anjing tu. Saya sayang kamu Acad, terima kasih atas memori kita bersama," ujarnya.

@thesufy_ He died before even seeing the vet. not because of his illness. Everything happened too fast. He ran before the vet and we tried to catch him but end up he jumped over the fence (a chinese house) and got bitten by a group of dog, until died .. This is the last video of him while we’re on the way to the vet today. Kakak mintak maaf i cant protect you from the dogs, im sorry 😔. i love you acad, thankyou for all the memories. #catsoftiktok #catlover ♬ snowfall by øneheart - 505

Video tersebut memaparkan Acad berada dalam pangkuan seorang wanita di dalam kereta.

"Acad paling rapat dengan umi dia. Perangai Acad sangat pelik waktu hari dia nak pergi tu," kata wanita berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut bersimpati dengan kematian kucing kesayangan.

"Sedihnya part yang dia (Acad) peluk tu. Dia macam tahu-tahu je dah nak pergi tinggalkan tuan dia.

"Sakitnya hilang kucing peliharaan ni macam hilang orang tersayang," komen warga maya.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post