“Stay Strong, Things Will Get Better” – Isteri Haqiem Rusli Kini Bertudung?


Sebelum ini kecoh apabila isteri kepada penyanyi terkenal, Haqiem Rusli bertindak untuk membuka tudung selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga. Namun selepas menerima banyak kecaman, Anis Sofea tampil dengan imej berhijab telah menimbulkan persoalan kepada warganet.

Anis Sofea pakai tudung keluar makan dengan suami…

Menerusi perkongsian Instagram milik Haqiem Rusli yang telah memuat naik video isterinya, Anis Sofea dengan gaya penampilan baru iaitu bertudung ketika berada di kedai makan. Anis Sofea yang dulunya heboh membuka tudung dan kini mengenakan kembali imej dulu telah mengejutkan netizen terutama para peminat. Penampilan baru yang kembali memakai tudung sekaligus mengundang perhatian dalam kalangan peminat. Haqiem juga turut menulis ungkapan kata-kata manis buat isterinya dan seakan bersetuju jika isterinya memakai hijab.

Doakan mereka berdua baik-baik saja…

Melalui kepsyen hantaran itu, Haqiem seakan-akan memberi bayangan tentang derita isterinya menghadapi kecaman di media sosial. Anis Sofea yang dulunya datang daripada imej bertudung dan bertindak untuk membuka tudung ini telah mendapat kecaman hebat daripada netizen. Namun begitu, Haqiem sebagai suami hanya mampu berdoa dan tidak berhasrat mendedahkan punca sebenar isterinya membuka hijab.. Dia juga mengharap agar isterinya kuat melalui perjalanan hidup yang sukar dan senang sepanjang dia bergelar isteri kepada selebriti. Haqiem juga meminta agar peminat mampu doakan yang terbaik untuk mereka berdua.


“Setelah sekian lama, akhirnya kau post isteri kau di IG …”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji tindakan Anis Sofea yang kelihatan manis apabila bertudung. Selain itu, ada peminat bagi pasangan muda ini yang turut mendoakan agar wanita ini terus kekal istiqamah dalam penampilan berhijab.

KREDIT : Instagram Haqiem Rusli  / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post