Seronok Sangat Duduk Rumah Pengasuh, Budak Comel Halau Mak Guna Penyapu

Bagi ibu bapa yang sibuk bekerja, sudah pastinya anak-anak akan dihantar ke rumah pengasuh bagi penjagaan harian mereka. Pengasuh diibaratkan sebagai ibu kedua untuk anak-anak menumpang kasih terutama anak yang masih kecil. Baru-baru ini, tular sebuah video yang mencuit hati netizen di mana seorang budak lelaki tidak mahu pulang ke rumah setelah ibunya tiba di hadapan rumah pengasuh sehingga bertindak mengambil penyapu untuk menghalau ibunya.

Halau ibu guna penyapu sebab tak nak ikut balik

Melalui akaun milik ainorlegacy, iaitu merupakan ibu kepada anak lelaki comel itu telah mengundang tawa netizen dengan gelagatnya yang menghalau ibunya menggunakan penyapu ketika waktu balik. Berdasarkan caption yang ditulis, ibunya menyatakan “da kene guna-guna dengan mama pengasuh, ajak balik pun tak nak”

“Cepat cepat, jom balik jom, jom”

Pada awalnya budak itu hanya sekadar menangis sahaja namun apabila dihampiri oleh ibunya, tangisannya menjadi kuat. Lantas dengan segera ia mengambil penyapu dan cuba untuk menghalau. “Cepat, jom balik cepat, jom jom”. Ibunya turut mengejar anaknya itu namun anaknya itu cuba mengelakkan diri dengan berlari lalu memeluk kaki pengasuhnya sambil menjerit “Mama” agar mendapat ihsan untuk membantunya menyuruh si ibu pergi.

Pandangan netizen terhadap anak

Dalam video berkenaan, kelihatan ibunya merasakan sedikit tekanan dalam menenangkan anaknya yang sedang menangis tidak mahu mengikut ibunya pulang ke rumah. Manakala di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pandangan mengapa kanak-kanak berperilaku seperti itu.


@ainorlegacy

da kene 'guna-guna' dgn Mama Pengasuh ajak balik pun tak nak 😫

♬ Funny Song - Funny Song Studio & Sounds Reel

KREDIT: TikTok AiNorLegacy / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post