Niat Bagi Mak Merasa, Wanita Menangis Kereta 2nd Kerap Rosak, Servis Habis RM8K

Setiap insan yang memiliki sebuah kereta pastinya akan berasa bangga dan berpuas hati kerana itu merupakan hasil titik peluh yang diimpikan selama ini. Tidak kira sama ada kereta terpakai atau kereta baru, yang penting boleh memenuhi keselesaan diri dan keluarga. Namun begitu, lain pula kisah seorang wanita di aplikasi TikTok di mana dia meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila kereta yang baru 2 bulan dibeli olehnya kian meragam.

“Aku nak bagi mak aku merasa ada kereta”

Menerusi rakaman video yang berdurasi selama 01:38 minit itu, wanita yang mesra dipanggil Tomeyy meluahkan rasa sedih dan kecewanya apabila kereta terpakai yang baru dibelinya beberapa bulan lepas kerap rosak. Menurutnya, kereta yang dia beli bukanlah sekadar semata-mata. Dia ingin ibunya ‘rasa’ mempunyai kereta daripada hasil titik peluh anaknya.

Penat betulkan kereta hampir RM8K

Dalam rakaman itu, dia meluahkan ketidak puashati dan kekecewaan pada keretanya yang kerap kali rosak. Dia juga berasa sangat letih untuk menghadapi perkara yang sama selama beberapa bulan yang kosnya hampir mencecah sebanyak RM8K. Baru-baru ini, penghawa dingin keretanya gagal berfungsi sedangkan pada waktu pagi penghawa dinginnya masih berfungsi dan boleh digunakan. Namun apabila dia ingin memutarkan suhu penghawa dingin kereta, penghawa dingin itu gagal berfungsi.

Orang tidak faham kesusahan diri

Tomeyy juga menyatakan bahawa dia tidak mampu untuk membeli kereta baru kerana menganggap bahawa dirinya seorang yang miskin. Dia juga menceritakan ada segelintir masyarakat yang memerlinya untuk membeli kereta baru bagi mengurangkan masalah kerosakan. Baginya, orang lain tidak tahu kesusahan yang akan dia alami jika dia membeli kereta itu. Dia menjelaskan bahawa dia berkemungkinan tidak mampu untuk membayar ansuran kereta setiap bulan, luahnya dengan kecewa.

@tomey8

Tomey tak habis3 gaduh dengan keta hampa pon faham kan tengkk lah tomey beli baru dua bulan tapi not stop langsung rosak nak beli kereta baru meme lah beli tak payah perbaik apa2 tapi masalah bayar bulan lagi pastu ni rosak habis nak dekat 7k nak masuk 8k pulak dah penat ya allah 😩😩

♬ Jiwa Yang Bersedih (Sped Up Version) - Ghea Indrawari

KREDIT : TikTok Tomeyy / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post