Makan Nasi Kuah Air Mineral, Suami Keturunan Kemboja Dedah Isteri Sukar Terima


Dah nama pun orang kampung, makan nasi mesti nak kena ada kuah. Namun lain pula cerita pada seorang lelaki yang telah mencampurkan air mineral ke dalam sepinggan nasi telah mengundang perhatian netizen.

Kalau isteri tak masak… dia boleh makan nasi dengan air mineral je…

Menerusi perkongsian di TikTok tauke_sambal atau nama sebenar Chailany berkata bahawa hidangan berkenaan merupakan satu sajian kebiasaan oleh orang kampungnya iaitu di Kemboja. Chai yang menetap di Malaysia sejak tahun 2004 dan telah membina rumah tangga dengan warga tempatan pada tahun 2010. Tambahan lagi, dia mengakui bahawa dia masih meneruskan tradisi itu walaupun perbuatan itu sukar diterima oleh isterinya yang berketurunan Melayu.

“Bukan dengan air mineral je, dengan air apa-apa pun boleh.. air paip…”

Katanya, perbuatan makan nasi bersama air mineral itu adalah amalan kebiasaan penduduk kemboja malah dia juga mengakui segala jenis air boleh dimakan termasuk air paip. Dia juga sempat bercerita tentang keadaan di mana dia makan nasi bersama garam sahaja dan ikan salai atau bahasa Champa ialah kan pdam. Chai yang bekerja sebagai content reviewer berkata bahawa menu hariannya di rumah adalah normal yang dimasak oleh isteri namun hidangan berkuahkan air mineral ini sekali-sekala sahaja.

@tauke_sambal rindu zaman kanak2 dulu. makan macam ni pun sedap #childhoodmemories #memoriesbringback #fyp ♬ เสียงต้นฉบับ - ทราย ศิวพร

“Makan macam ni sangat lah nikmat..”

Menjengah ke ruangan komen bagi video yang mencecah lebih 100 ribu tonton di TikTok, rata-rata netizen memberi maklum balas yang positif kepada pemilik video. Netizen seakan-akan pernah merasai pengalaman hanya memakan nasi bersama air mineral kerana tidak mempunyai duit yang cukup untuk membeli makanan. Kebanyakan netizen bersetuju ini adalah lauk yang paling sedap untuk dimakan.

KREDIT : Portal mStar Online, TikTok Chailany / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post