Kenderaan berhenti bagi laluan konvoi, tiba-tiba treler rempuh belakang! Dua maut, 7 cedera kemalangan di Putrajaya


Kemalangan jalan raya berlaku akibat dirempuh sebuah lori. -Gambar Facebook

DUA maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan 12 kenderaan di Persiaran Utara di pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya pada Rabu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.20 pagi dari arah Persiaran Utara menghala ke Presint 12.

Menurutnya kemalangan membabitkan dua lori, enam kereta dan empat motosikal.

Katanya lagi, sebuah jentera bomba daripada balai bomba Presint 7 dan Presint 14 dengan kekuatan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz turut mengesahkan tentang kejadian itu.

Menurutnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran tempat kejadian menunjukkan banyak kenderaan awam berhenti bagi memberi laluan kepada konvoi polis.

Bagaimanapun sebuah treler dari arah belakang mengubah laluan dari lorong tengah ke lorong kiri dan terus merempuh kenderaan di hadapan.

Katanya, akibat kemalangan, dua lelaki disahkan maut di lokasi kejadian oleh paramedik Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang manakala mangsa lain mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang, Selangor.

"Siasatan dijalankan dibawah Sek 41 (1) APJ 1987 dan pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut dan ujian air kencing," katanya.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post