Kakak Belum Kahwin, Setahun Adik Tangguh Nikah..Hingga Sekarang Tak Dapat Restu


Langkah bendul membawa maksud adik beradik yang jauh lebih muda melangkah giliran kahwin kakak atau abang-abang mereka. Berbanding dahulu, kebanyakan orang tua sekarang lebih terbuka dalam meraikan situasi sebegitu. Namun siapa sangka, rupanya masih ada keluarga yang sangat ‘pantang’ dengan istilah langkah bendul.

Jumpa dengan bapa dia, orangnya baik sangat…Kalau datang rumah dia, dia tak bagi basuh pinggan

Selagi kakak sulung belum naik pelamin, adik-adik harus menunggu dan tidak dibenarkan berkahwin. Itulah cabaran yang sedang dilalui oleh pasangan ini. Uniknya dalam hubungan mereka, teman lelakinya mengajak bertunang hanya selepas 2 minggu berkenalan. Merasakan ia terlalu drastik, Cik Novia menolak ajakan tersebut kerana mahu kenal lebih rapat dahulu dengan keluarga lelaki itu. Novia sangat senang kerana dirinya amat diterima baik oleh bapa teman lelakinya. Menurutnya, lelaki itu cuma ada ayah sementara ibunya sudah kembali kepada Allah.

Akhirnya dapat bertunang, namun cuma dihadiri keluarga bapa saudara teman lelaki…Bakal mentua tiada

Di saat hubungan itu berjalan lancar, dugaan terbesar mula menerpa. Teman lelakinya mempunyai seorang kakak yang masih bujang, maka keluarganya melarang keras jika dia mahu bernikah dahulu. Novia amat sedih kerana saat ini, mereka sudah benar-benar bersedia untk mendirikan rumah tangga. Hatta selepas 1 tahun menunda hasrat berkenaan, mereka masih tidak mendapat restu meskipun sudah cuba dibincangkan berulang kali. Akhirnya lelaki itu pergi berjumpa dengan bapa saudaranya (sebelah bapa) dan menyatakan isu tersebut. Alhamdulillah mereka sedia menjadi wakil rombongan meminang.

Mereka tak setuju kalau teman lelaki langkah bendul si kakak, tak merestui & takkan redha

Beberapa hari kemudian, keluarga ibu teman lelakinya menelefon pihak Novia dan sekali lagi mengingatkan bahawa mereka tidak akan merestui rancangan pernikahan ini. Sudahlah masalah restu belum selesai, Novia turut diuji lagi apabila teman lelaki dan ibunya sendiri dimasukkan ke pusat rawatan akibat kecelakaan.

Keluarga tu cakap takde yang akan hantar teman lelaki aku masa acara ‘hantar pengantin’ nanti

Masalah baru turut muncul ketika mereka sedang mengusahakan prosedur nikah di kampung. Katanya, pihak Jabatan Agama di sana telah menyenarai hitamkan nama mereka bagi proses permohonan nikah. Novia amat terkilan kerana rupanya ia adalah perbuatan keluarga belah ibu teman lelakinya. Namun syukurlah Allah masih memudahkan urusan tersebut. Masih tiada restu, Novia tetap menghantar buah tangan dan baju batik kepada keluarga berkenaan walaupun dia tahu mereka memang tidak akan hadir ke majlis itu nanti. Sekali lagi dia merasa kecewa kerana mereka memulangkan segala barang tersebut.

Novia cuma nak ayah ada masa majlis tu nanti…Menikah itu sekali seumur hidup

Betapa sukarnya perjalanan mereka untuk menuju halal, sesekali Novia akan menghubungi bakal bapa mentuanya untuk bertanya khabar. Dia yang dahulunya baik melayan Novia seperti anak sendiri kini berubah dingin hanya disebabkan isu langkah bendul. Tiada apa yang diharapkan oleh Novia selain doa semoga majlis pernikahannya akan berjalan lancar kelak.

KREDIT : TikTok Noviaaa / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post