Influencer Dahlia Rizal dan Imran Aqil Selamat Diijab Kabul

Perkahwinan adalah satu ikatan sah yang dibina dengan kasih sayang oleh suami dan isteri. Pada 9 September 2023, pasangan dua sejoli yang dikenali sebagai Dahlia Rizal dan Imran Aqil telah berkongsi detik bahagia saat diijab kabul semalam.


Influencer “Cantik” telah selamat menjadi isteri kepada Imran Aqil

Dahlia dan Imran telah mengikat tali pertunangan selama setahun pada 22 Ogos 2022. Berita perkahwinan pasangan sejoli ini ditunggu-tunggu oleh netizen ekoran telah heboh diuar-uarkan di media sosial terutamanya di aplikasi TikTok sementara pasangan ini hanya memaparkan gambar di instagram sahaja.

Bukan setakat orang je cantik, lokasi majlis akad nikah ni pun boleh tahan

Majlis pernikahan mereka diadakan di sebuah vila yang terletak di Melaka. Majlis tersebut dihadiri oleh keluarga terdekat, saudara, dan rakan bagi pasangan ini. Di majlis tersebut, Dahlia Rizal kelihatan anggun dalam busana yang serba putih dengan tema pakaian ala-ala arabic. Ini dapat dilihat melalui perkongsian rakan Imran Aqil iaitu _aimansafuan yang merakamkan detik sepanjang majlis pernikahan berjalan.

@_aimansafuan

one take je! congrats sobat, dahlia rizal milik imran aqil ✨

♬ original sound - fnx - ceo of vibes

             

“Merpati dua sejoli.. matched from heaven“

Menjengah ke ruang komen, ramai kenalan dan netizen sempat mengucapkan kata tahniah kepada pasangan ini. Selain itu, netizen terutama peminat bagi influencer ini mendoakan kebahagian dan memuji kecantikan terserlah pada wajah pasangan ini.

Kredit: Instagram Imran Aqil, Instagram Dahlia Rizal, TikTok _aimansafuan / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post