Hilang tempat berteduh, anak sulung imamkan solat jenazah enam beranak


Berita mengenai nahas kemalangan melibatkan lima kenderaan lima kenderaan iaitu Honda HRV, Proton Wira, Perodua Alza dan Perodua Bezza selain lori membawa muatan pasir, berhampiran Loji Petronas yang telah meragut nyawa enam beranak membuatkan hati ramai tersentuh.

Anak sulung imamkan solat jenazah

Suasana sedih mula memenuhi segenap ruang Masjid Ubuddiah, Parit Limbong, Muar, Johor pada petang tadi ketika solat jenazah enam beranak yang maut dalam kemalangan nahas, petang semalam.

Apa yang lebih meruntun hati, apabila solat jenazah tersebut diimamkan oleh anak sulung kepada pasangan, Amir Ruddin Ismail 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, iaitu Abdul Rahman Amir Ruddin, 19.

Suanana bertambah pilu apabila anak sulung tidak dapat menahan kesedihan sebaik sahaja melihat satu per satu wajah jenazah ahli keluarnya yang dibawa masuk untuk disembahyangkan.


Jenazah enam beranak itu dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong, 4.15 petang tadi

Sementara itu, seorang lagi anak pasangan itu, Abdullah, 15, menjadi mangsa ketujuh disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Segamat akibat mengalami kecederaan dalam dengan usus dan hati pecah.

Hilang tempat berteduh..

Abdul Rahman berkata, mereka baru sahaja bersua muka sebelum ahli keluarganya bertolak, namun takdir Allah tiada siapa yang dapat menidakkan segala ketentuanya apabila dia kehilangan kesemua ahli keluarga sekaligus.

Dirinya juga tidak pernah terlintas langsung untuk menjadi anak yatim piatu dalam sekelip mata selain turut kehilangan lima adiknya, Fatimatulzahrah, 17, Abdullah, 15, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5 dalam nahas terbabit.

“Pada hari kejadian, saya tidak bersama mereka kerana ada urusan lain dan sempat memberitahu arwah ibu akan jumpa di rumah nenek. Sebaik tiba di Tangkak, saya mendapat panggilan daripada saudara sebelah ibu mengatakan mereka kemalangan.

“Saya tidak terkata-kata apatah lagi mendapat tahu ibu, Abi dan empat adik turut meninggalkan kami,”

Abdul Rahman berkata, dia menerima mesej menerusi WhatsApp serta sekeping gambar dengan tulisan ‘kami balik dulu’ pada jam 3.08 petang (semalam) sebelum dimaklumkan mengenai berita duka.

“Abi bertugas sebagai imam di Masjid Ladang Tereh Utara, Kluang dan kami tinggal bersebelahan dengan rumahnya disebabkan tugas sebagai bilal di tempat berbeza.

“Ibu datang ke rumah Abi memandangkan cuti persekolahan dan sepatutnya pulang ke rumahnya di Segamat pada hari kejadian.

“Pada masa sama, Abi juga mahu menghantar tiga adik Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, di Maahad Tahfiz al-Quran al-Muhammadi di Kundang Ulu, Bukit Gambir hari ini.

“Tapi, yang pulang adalah jenazah Abi, ibu dan adik. Adik Fatimatulzahrah baru sahaja dinobatkan sebagai antara terbaik dalam Mumtaz Sufi di pusat tahfiznya, bulan lalu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata ayahnya sempat menitipkan pesanan untuk perbanyakkan amalan bersedekah kerana ia adalah pembuka jalan dan doa makhluk untuk kita.

Sumber: BH Online (Alias Ab Rani) / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post