Dakwa motor disita penguatkuasa, penghantar makanan terpaksa jalan kaki cari rezeki?


Hari ini, tular sebuah video memaparkan seorang penghantar makanan memakai topi keledar berjalan seorang diri sambil membawa beg makanan dibelakang badannya sehingga meraih perhatian ramai warganet.

Motosikal kena sita, hina sangat ke jadi rider?

Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok dikenali @kikyycoco, motosikal penghantar makanan terbabit didakwa dan dipercayai telah disita oleh penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sebuah jalan raya.

Dalam hantaran video klip pendek, pengguna tersebut meluahkan rasa kasihan selain mempersoalkan sama ada pekerjaan yang dilakukan oleh penghantar makanan lelaki itu adalah satu kesalahan atau sebaliknya.

“Hina sangat ke kerja Grab atau Foodpanda? Kesian abang tu nak cari rezeki. Semoga abang dipermudahkan segala urusan,”tulisnya di ruangan kapsyen.

@kikyycoco hina sangat ke kerja grab/foodpanda ? kesian abang tu nak cari rezeki , semoga abang dipermudahkan segala urusan 🤲🏻💪🏻 #fypシ #xyzbca #jpjmalaysia #riderfoodpanda ♬ Royalty - Egzod & Maestro Chives & Neoni

Dalam rakaman tersebut, turut dirakam pihak berkuasa sedang menjalani operasi sekatan jalan raya selain kelihatan beberapa individu serta motosikal yang dipercayai disita ‘tersadai’ di bahu jalan.

Motor kena sita…

Di ruangan komen, individu berkenaan menegaskan bahawa motosikal milik penghantar makanan tersebut disita oleh penguatkuasa bertugas di kawasan terbabit.


Apa salah abang tu?

Malah, ada juga yang bertanya apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh penghantar makanan tersebut sehingga telah menyebabkan motosikal miliknya disita oleh pihak berkuasa.

Moga dipermudahkan urusan

Mereka turut mendoakakan agar urusan penghantar makanan itu dipermudahkan selain berharap agar pihak berkuasa tampil memberikan penjelasan mengenai punca sebenar.





Sementara itu di platform Facebook, ada individu mendakwa nombor pendaftaran motosikal penghantar makanan berkenaan kurang ‘satu nombor’.

 Sumber: TikTok @kikyycoco  , FB search / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post