“Dahlah kacak, pandai mengaji!”- Ramai cair dengar Amir Ahnaf bertaranum jiharkah

Pelakon meningkat naik, Amir Ahnaf yang popular dengan drama bersiri Projek: High Council kembali menjadi bualan ramai selepas tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pempengaruh media sosial yang juga merupakan hafiz, Abd. Qawiy Abd Rashit.

Tebuk ngaji Amir Ahnaf, baca ayat Kursi

Menerusi hantaran dikongsikan di platform TikTok, Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin dilihat sedang menyambung bacaan yang dimulakan oleh Qawiy selepas mereka bertegur sapa.

Difahamkan, pelakon berasal dari Terengganu itu menyambung ayat kursi yang merupakan ayat ke-255 dalam Surah Al-Baqarah dan dijadikan bacaan serta hafalan masyarakat.

Ia juga merupakan penghulu segala ayat al-Quran yang berkisar mengenai keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas.

“Tebuk ngaji Kapla High Council, Amir Ahnaf. MasyaAllah, merdunya suara, patutlah ramai cair,”tulis Qawiy di ruangan kapsyen.

@qawiyaro tebuk ngaji kapla high council @Amir Ahnaf masyaAllah merdunya suara patut la ramai cair🫠😆 #terjahngaji #quranchallenge #mantuy ♬ original sound - qawiyaro

Alunan ayat Kursi yang dialunkan oleh pelakon berusia 23 tahun turut mendapat pujian daripada Qawiy sendiri terutama kehebatannya dalam bertaranum.

“Power dohh taranum dia. Belajar tarannum ni,”puji Qawiy.

Bacaan tajwid, tarannum tepat!

Seperti dijangka, ramai di kalangan peminat terutama golongan wanita tersentuh dan memuji bacaan Amir Ahnaf yang disifatkan sempurna selain pandai bertarannum jiharkah.

Sumber: TikTok @qawiyaro / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post