Berpeluk Lama, Suami Isteri Mesra Kali Terakhir Sebelum Masuk Mahkamah Syariah


Rumah tangga mana yang tidak dilanda badai? Ketika ujian tiba, suami isteri haruslah memainkan peranan masing-masing untuk perbetulkan hubungan sebelum ia punah sepenuhnya. Namun jika sudah ditakdirkan Allah, ikatan itu tetap akan terlerai juga walau sudah cuba dipertahankan sehabis baik.

Berpisah bukan bererti membenci antara satu sama lain

Jalan terakhir yang tinggal hanyalah bercerai, semua itu terpaksa dilalui meskipun terkadang hati ini masih penuh dengan rasa sayang. Mungkin itulah kata-kata yang paling sesuai menggambarkan situasi sepasang suami isteri ini. Tidak seperti pasangan lain, mereka yang sedang menuju ke mahkamah syariah dengan menaiki kereta sama nampak begitu mesra dan baik-baik sahaja.

Ada jodoh bertemu kembali ya

Genggaman tangan yang cukup erat seakan-akan membuktikan betapa nilai kasih sayang sesama mereka masih lagi ada. Sebelum memasuki institusi kehakiman itu, 2 insan ini turut mengambil masa untuk bersalaman dan berpelukan buat kali terakhir. Sejak dikongsikan semalam, video hiba tersebut meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan di aplikasi TikTok.



@manboss805

Berpisah bukan bererti membenci antara satu sama lain🫠ada jodoh bertemu kembali💪🏻

♬ original sound - MANBOSS

Kuatnya korang…Kenapa saya yang sedih tengok awak berdua…Moga baik-baik saja

Meninjau ke ruangan komen, detik-detik terakhir mereka sebagai suami isteri ternyata cukup mengundang rasa sedih netizen. Ramai mendoakan semoga kedua-duanya kuat menghadapi dugaan ini. Ada juga yang berkongsikan mengenai dilema hidup masing-masing.

KREDIT : TikTok Manboss / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post