Bayi Baru Lahir Ditinggalkan Di Hadapan Rumah Mewah, Undang Sebak Netizen


Individu yang direzekikan untuk melahirkan anak mesti mempunyai sikap kasih dan tanggungjawab terhadap anak yang dilahirkan. Namun hal sebaliknya terjadi dalam situasi ini di mana seorang individu didapati telah membuang bayi yang dipercayai baru dilahirkan di lantai hadapan sebuah rumah mewah.

Apa yang difikirkan individu itu sampai letak bayi depan rumah orang…

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok menox84 yang bekerja sebagai pembantu rumah, dia telah memuat naik rakaman seorang bayi terbaring tanpa baju dengan beralaskan kain tebal kemudian dibaluti tuala mandian. Kejadian itu berlaku di hadapan pagar rumah mewah berwarna putih pada waktu siang. Seorang wanita juga dilihat sedang mengenal pasti status bayi tersebut sama ada dalam keadaan baik atau sebaliknya. Dalam video itu juga menyaksikan ada 2 orang anggota polis yang datang ke sana setelah menerima laporan.

                   

Tak sampai hati tengok bayi baring atas lantai macam tu…

Berdasarkan kepsyen hantaran pembantu ini, dia menyatakan tindakan buang bayi tanpa jagaan di hadapan rumah orang awam sebegitu adalah perbuatan yang tidak berhati perut. Lebih mengejutkan lagi, bayi yang terbaring itu kelihatan tidak menangis walaupun ditinggalkan di tempat yang tidak berbumbung.

@menox84 #penemuan bayi#bayi dibuang depan rumah#fypシ ♬ Laailaahaillallah (Cover) - BEBIRAIRA CHANNEL

Ya Allah sedihnya… mesti tengah dalam kesusahan

Menjengah ke ruangan komen, hantaran itu mencecah lebih 500 ribu tontonan daripada warganet. Netizen meluahkan simpati terhadap bayi ini susulan ditinggalkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, ada segelintir komen yang menyatakan bayi ini ditinggalkan ekoran individu yang membuang tidak mampu menampung kehidupan bayi itu.

KREDIT : TikTok menox84 / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post