Seorang wanita terpaksa menanggung kesakitan santau besut yang dihantar oleh rakannya gara-gara meminta semula hutang berjumlah RM2,000.
Perkara itu dikongsikan oleh Pusat Rawatan Islam Ar-Syifa Al-Mustakim di Negeri Sembilan menerusi aplikasi TikTok yang menunjukkan seorang pesakit wanita sedang menjalani rawatan.
@rawatanislamusthasnan KAWAN DARI NERAKA #hasnanrili #rawatanislamnegerisembilan #rawatanislamalmustakim #rawatanarsyifa #sihir ♬ original sound - Mr prison
Memetik laporan Harian Metro, pengamal perubatan Ustaz Mohamad Hasnan Rili memberitahu, pesakit pernah dicaci oleh rakannya ketika menuntut semula hutang.
Beberapa minggu selepas itu, pesakit mula berasa perubahan pada fizikalnya dimana badannya berasa berbisa serta mengalami sakit kepala dan perut kembung yang berlaku setiap hari selepas Asar hingga Subuh.
“Keterangan pada video yang saya kongsikan itu diceritakan sendiri oleh pesakit. Dia menuntut hutang daripada rakannya yang berjanji mahu bayar semula selepas tiga bulan tetapi malangnya dia pula dicaci.
“Namun, dalam tempoh dua minggu ke sebulan selepas itu, pesakit mulai berasa sesuatu pada dirinya. Sewaktu datang jumpa saya, dia cakap seluruh badan rasa bisa, kepala nak meletup dan perut busung.
“Perut busung tu berlaku setiap hari selepas waktu Asar hinggalah ke Subuh. Kalau kembung dia berasa sesak nafas.
“Pada awalnya dia menyangka dirinya mengandung sebab perutnya keras dan besar. Namun, hanya pada waktu tertentu saja. Disebabkan itu, dia cuba mendapatkan rawatan,” katanya.
Hutang itu diminta semula oleh pesakit selepas tiga bulan atas alasan sedang mengalami krisis kewangan dan memerlukan duit tersebut secepat mungkin.
Namun begitu, rakannya membalas mesej pesakit secara kasar selepas lima hari berdiam diri dengan mengatakan jumlah RM2,000 itu bukan angka yang besar.
Malah, rakan pesakit itu membuat ugutan untuk menghantar santau kepadanya selepas didesak olehnya untuk melunaskan hutang dengan kadar segera.
Sumber: TikTok @rawatanislamusthasnan, Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir) / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.