Wanita Nangis Binaan Kubur Suami Dipecahkan, Pihak Isteri Pertama Dedah Cerita


 2 hari lalu, seorang wanita berkongsikan kedukaan di mana binaan kubur suaminya telah dipecahkan oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali. Apa yang mengejutkan, pusara cantik itu diratakan padahal Allahyarham suaminya, Tajudin Bin Mahmood sudah dikebumikan selama 511 hari.

Kenapa pecah lepas setahun kubur siap? Kenapa tak pecahkan seminggu/sebulan lepas siap?

Daripada kapsyen yang ditulis, wanita terbabit seakan-akan menggambarkan ada ‘pihak’ lain yang melakukan perbuatan khianat berkenaan. Ia sekali gus menimbulkan banyak spekulasi netizen termasuklah menganggap kubur itu dipecahkan kerana mempunyai binaan bersifat keterlaluan.

@touchlena Tunggu Balasan Allah Nnti Manusia2 Zalim Berhati Yahudi Lahatullah Firaun!!! Tergamaknya Sampai Ke Tahap Pecahkan Kubur Selepas Setahun Lebih Kubur dah Siap! Kenapa Kau Tak Pecahkan Seminggu Or Sebulan Time Kubur Ni siap? Astagafirullahal a’zim Tergamaknya Kau! Ya Allah Kuatkan Aku 🤲😭 #allahuakhbar #allah #fypシ #sabar #TajLena #TouchLena #pusaraabadisingapura ♬ Yasirlana Suling Merdu - IFTAH QULUBANA
@touchlena Mereka Seramai 10 org Mengadap Depan2 Mata Kubur Ini Dipecahkan!! Allahu Akhbar!! Saya Akan Tetap Datang ziarah My B ❤️ #pusaraabadisingapura #fypシ #Tajlena #TouchLena #tiktoksg ♬ Sad Music - Max-Music

Isteri kedua pernah buat video tak dibenarkan untuk ziarah suami kali terakhir

Rupa-rupanya, orang yang memecahkan kubur berkenaan dihantar oleh pihak isteri pertama. Sewaktu hidup, Allahyarham Tajudin mempunyai 2 orang isteri yang dikatakan tidak mempunyai hubungan baik. Bahkan ketika lelaki itu menghadap Ilahi tahun lalu, isteri kedua tidak dibenarkan masuk menziarahi untuk kali terakhir.

@touchlena Sambungan VTT jawapan kenapa Jenazah Suami saya berpindah Lokasi. Jgn tabur Fitnah dan Percaya bile Hanya dengar Sebelah Pihak saje. #alfatihah #kematian #suami #family #zalim ♬ Sedih - Instrumental - Asraf Studio

Perempuan yang menangis tu adalah isteri ke-2…Mereka dulu bernikah tak bertaraf di Singapura

Bagi menjernihkan salah faham dan fitnah, seorang lagi pengguna TikTok iaitu Puan CT yang mewakili pihak isteri pertama telah mendedahkan perkara sebenar. Difahamkan, isteri kedua yang tidak mempunyai permit pembinaan kubur telah melakukan binaan tanpa izin. Walhal yang berhak membuat sebarang perubahan binaan hanyalah isteri pertama sahaja.

@2taxi Replying to @alalalalalalalalalakadar ♬ Zikir Taubat Nasuha - junaideemohamad

Kenapa kubur suami aku tinggi eh? Sapa buat? Kenapa takde orang minta izin?

Jelas pengguna TikTok @CT ini lagi, sebarang binaan yang dinaikkan tanpa permit kerajaan adalah satu perbuatan salah. Andai berlaku sesuatu yang tak diigini, pihak tanah perkuburan boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berautoriti. Selain mengaibkan pihak isteri pertama dengan ‘drama-drama sedih’ TikTok, isteri kedua dilihat sengaja membuat provokasi untuk meraih simpati ramai. Bukan sahaja menampakkan seolah-olah isteri pertama itu jahat, bahkan tindakan balu kedua ini ibarat membuka aib lama Allahyarham suami yang gagal memimpin kehidupan berpoligami. Hingga sudah sampai ke ‘alam sana’ pun, 2 isteri masih berseteru mengenai hak masing-masing.

@2taxi Replying to @ilahamidkitchen ♬ original sound - CT
@2taxi Replying to @samalm96 ♬ Hasbi Robbi Jallallahh - BECEXER

KREDIT : TikTok CT & lena lynn / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post