Ungku Ismail miliki kualiti suami idaman Nad Zainal -“Bijak, pandai agama, jaga solat..”


Pelakon bertubuh genit yang kini sedang menanti kelahiran cahaya mata, Nad Zainal mendedahkan kebijaksanaan yang dimiliki oleh suami, Ungku Ismail merupakan antara salah satu kualiti seorang suami yang diidamnya selama ini.

Ungku Ismail serba bijak

Pemilik Farah Nadia Zainal Abidin berkata, dia sememangnya mahukan seorang suami seperti Ungku Ismail yang serba serbi bijak dalam menguruskan keluarga.

Nad berkata, amat susah buat dirinya untuk berjumpa dengan seorang lelaki yang lebih bijak daripada dirinya  lebih-lebih lagi dirinya seorang wanita tradisional yang mahukan seorang lelaki memimpin keluarga.

“Saya suka individu yang bijak, pandai bawa diri, seorang lelaki kenalah pandai dalam agama, dan menjaga solat.. dia kena bijak, serba serbi bijak. Kalau nak bandingkan saya yang bijak ini, dia kena lagi bijak. 

“Saya dah bijak dah, dia kena lagi bijak daripada saya. Untuk jumpa lelaki yang bijak daripada saya, susah, Untuk saya hormat seseorang itu, menjadi ketua keluarga itu, susah nak dapat ciri-ciri begitu.

“Selalu ramai perempuan ini yang dah ambil alih tugas lelaki, mendomininasi keluarga. Saya seorang wanita tradisional, jadi saya suka yang dominat, ada leadership,”ujarnya.

Ungku Ismail ada kualiti2 suami idaman Nad Zainal

Tambah Nad, dirinya terpikat dengan sikap suaminya yang sentiasa mengutamakan ibu bapa, selain mereka berdua berkongsi minat yang sama dan sekepala.

Bagaimanapun, adalah terlalu awal buat Nad untuk berkata secara berlebih-lebihan kerana usia perkahwinan mereka belum sampai setahun lagi.

“Dia ada kualiti-kualiti itu dan sangat penyayang. Dia seorang suami, bapa dan anak yang baik. Itu sangat penting, carilah bakal suami yang mampu menyayangi ibu bapa anda, macam dia sayang ibu bapa sendiri.

“Itu yang saya jumpa pada Ismail, kualiti itu Alhamdulillah ada. Tapi nak cakap terlalu awal pun, macam memang terlalu awal. Sebab belum sampai setahun lagi.

“Ada banyak lagi benda tak kenal. Selain itu, kita sekepala, kita suka makan, berjalan. Carilah lelaki yang bijak, yang boleh melentur anda terutama awak ini yang jenis degil,”katanya lagi.

Sekadar info, Nad Zainal mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Ungku Ismail pada 23 Januari lalu dan kini sedang menanti cahaya mata pertama mereka pada bulan Oktober nanti.

Sebelum ini, Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq pada 2015, namun disahkan bercerai sekitar September 2022. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 2.

Sumber: Gempak (Asyikin Mayudin) / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post