Trauma Czer, Murung Teruk & Enggan Susui Anak, Wanita Akhirnya Pergi Selamanya


Meskipun kelahiran anak sulung seharusnya menjadi kenangan terindah buat pasangan suami isteri, namun tidak semua orang merasa pengalaman yang sama. Terkadang keperitan ketika bersalin mampu membuatkan seorang wanita trauma dan lebih teruk lagi, mereka cenderung alami kemurungan yang dikenali sebagai Baby Blues.

Tunggu kejap je lagi, mana tahu ada rezeki bersalin normal – Ibu bapa Intan

Di TikTok, seorang individu mengimbau satu kejadian pilu menimpa saudaranya bernama Intan. Ringkasnya, Intan digambarkan sebagai seorang wanita yang aktif bersukan dan sangat pandai melakukan kerja rumah. Setelah setahun berkahwin dengan suaminya, Beni, mereka amat bahagia bakal menimang anak namun Intan lalui fasa contraction yang cukup menyiksakan. Setelah seharian menunggu, bukaan rahim tidak menunjukkan peningkatan. Tak sanggup membiarkan isterinya merana lebih lama, Beni bersetuju agar Intan melahirkan secara czer sahaja. Namun ibu bapa Intan pula tetap suruh tunggu lagi beberapa jam dengan harapan Intan akan beranak normal.

Intan benci lihat anak sendiri…Banyak termenung

Hasrat itu agak mustahil, justeru Intan akhirnya melalui proses czer dan selamat melahirkan seorang bayi cukup sihat. Setelah sedarkan diri, peliknya Intan tidak teruja menyambut kehadiran anak sulungnya. Dia banyak mendiamkan diri, tetapi awalnya semua orang menyangka Intan mungkin kepenatan sahaja. Selain renungan mata yang kosong, dia mula menjerit-jerit apabila bayi itu dibawa dekat dengannya sehingga doktor terpaksa memberi ubat penenang.

Suami pujuk Intan cuba susukan anak…Intan jawab “Taknak! Berilah dia susu lain…Aku taknak”

Melihat payudara isterinya dibasahi susu badan, Beni sekali lagi memujuk agar Intan menyusui anak mereka. Alangkah terkejut, Intan masih menolak keras kehadiran bayi berkenaan. Bahkan saat sudah berada di rumah, keadaan masih tidak berubah. Melihat seperti ada yang tidak kena, ibu bapa mula memanggil ramai perawat untuk menyembuhkan Intan. Beni cadangkan lebih baik Intan dibawa berjumpa pakar psikiatri, namun mentuanya yang berfikiran kolot melarang keputusan itu. Kononnya usah buang duit, apalagi mereka yakin Intan bukanlah orang gila.

Pembuluh Intan pecah sebab tak cukup tidur, kurang makan & tertekan…

Selain kemurungan, lama kelamaan Intan mula menolak sebarang makanan hingga mengalami hidrasi. Kesihatannya semakin buruk, dia sentiasa berfikir mahu tamatkan hayat bayi sendiri dan kerap meracau “Aku taknak, aku taknak lagi, perit, buang je anak tu”. Terus menangis dan berkurung di bilik, tiba-tiba Intan menghembuskan nafas terakhir dengan kesan air mata yang masih membasahi pipi. Apabila doktor datang memeriksa, rupanya Intan jadi begitu akibat impak tekanan melampau selepas bersalin. Seharusnya dari awal lagi Intan sudah dibawa mendapatkan rawatan segera, namun kini nasi sudah menjadi bubur.

KREDIT : TikTok Justwomenon29new / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post