Suasana sayu, ratusan hadir pengebumian... Jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz selamat dikebumikan


Jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Jerung, Sungai Petani. -Gambar ZHAFARAN NASIB/The Star

SUASANA sayu menyelubungi pengebumian Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam.

Ratusan menghadiri solat jenazah di masjid dan upacara pengebumian jenazah di tanah perkuburan.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Al Huda Kampung Jerong, di Sungai Petani, Kedah, kira-kira pukul 4 petang Ahad.

Solat jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz. -Gambar ZHAFARAN NASIB/The Star

Terdahulu, ibu Allahyarham, Jamilah Ismail tidak dapat menahan kesedihan ketika jenazah anaknya dibawa masuk ke dalam van jenazah di Masjid Jamek Ar Rahimiah di Klang, Selangor.

Van jenazah bergerak ke kampung halaman Allahyarham di Sidam, Sungai Petani, Kedah dengan diiringi polis.

Allahyarham penghantar makanan itu merupakan jenazah pertama yang sah dikenal pasti identiti melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Sementara itu, Allahyarham Muhamad Hafiz, dikategorikan sebagai ‘rider’ (penunggang) terbaik Foodpanda.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Foodpanda menerusi perkongsian dalam satu hantaran di Facebook, pada Jumaat.

Foodpanda yang memuat naik poster turut menzahirkan ucapan takziah buat seluruh keluarga mangsa yang berasal dari Taman Sidam, Sungai Petani, Kedah.

Allahyarham Muhamad Hafiz maut dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam.

Pada Khamis lalu, seramai 10 individu termasuk lapan orang di dalam sebuah pesawat ringan terbunuh selepas pesawat itu terhempas berhampiran Elmina di Selangor.

Turut terkorban, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun yang berada di dalam pesawat berkenaan.

Seorang pemandu e-hailing dan seorang pekerja penghantaran makanan yang menunggang motosikal di laluan tersebut, turut maut apabila pesawat itu terhempas.

Mereka dikenal pasti sebagai Sharipuddin Shaari dan Muhamad Hafiz.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post