Staf ‘Struggle’ Kumpul Duit Kawin, Hafiz Mahamad Beri 10k Dengan Syarat



Setiap pasangan yang bercinta pasti akan melalui fasa susah dan senang terutamanya apabila sudah berniat untuk membawa hubungan ke langkah yang lebih serius iaitu alam perkahwinan.  Namun, perkahwinan menuntut pengorbanan dari pelbagai aspek, antaranya adalah wang ringgit. Bukan mudah untuk seseorang mengumpul duit kahwin dalam masa yang singkat. Siapa sangka dalam kegigihan seorang lelaki demi menghalalkan teman wanita telah mendapat perhatian majikannya iaitu personaliti media sosial, Hafiz Mahamad.

Hafiz bagi RM10k kepada staf

Siapa yang tidak mengenali Hafiz Mahamad atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad yang sering kali mendapat perhatian netizen dek kerana sikapnya yang sangat romantik dan menyayangi isterinya, Syafiqah Aina. Kali ini, sekali lagi nama lelaki berusia 30 tahun ini, menjadi bualan ramai selepas tular video di laman Tiktok miliknya @hafizmahamad mengenai dirinya yang membantu salah seorang staf lelaki dengan memberikan cek tunai bernilai RM10,000.

Tahu staf ‘struggle’ kumpul duit nak kawin

Difahamkan, usahawan tersebut mahu membantu staf terbabit kerana kini dia sedang mengumpul duit kahwin tetapi masih belum cukup untuk menghalalkan buah hatinya, Sofia. Menurut Hafiz, dia juga mengetahui bahawa staf lelakinya itu sanggup mengikat perut kerana mahu mencukupkan tabung simpanan kahwin.

“Ábang bagi ni tapi ada syarat”- Hafiz Mahamad

Bagaimanapun, bapa kepada dua anak ini turut meletakkan syarat sewaktu memberikan cek tersebut kepada staf lelaki berkenaan antaranya ialah dia perlu sentiasa menghargai pasangannya. Tambah Hafiz lagi, staf tersebut juga mesti menjaga pasangan dengan baik, hormat bakal ibu bapa mertua dan jangan lupa birthday pasangannya itu bila sudah berkahwin kelak.

@hafizmahamad

Pi halalkan Gf tu hehe Saya faham sangat mcmana struggle untuk halalkan seorang yg kita cinta 💙

♬ Kembali Pulang - Suara Kayu & Feby Putri

Kredit: Tiktok hafizmahamad / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post