Hari ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki didakwa menipu pemandu e-hailing buat kali kedua dan tergamak melompat keluar dari kenderaan yang dinaikinya apabila hendak dibawa ke balai polis.
Dulu pernah kena, ditipu tak bayar tambang
Menerusi perkongsian pengguna Facebook dikenali Ahmad Azahari, dia berkata, ketika kejadian dia menjemput penumpang terbabit di hadapan sebuah bank di Sungai Buloh.
Namun, apabila memerhati semula rupa lelaki berkenaan, dia mengecam individu terbabit pernah menjadi menipu dirinya dengan tidak membayar tambang selepas menggunakan perkhidmatan e-hailing.
“Sebelum ini aku pernah dapat penumpang ini melalui aplikasi Grab. Apabila sampai bank RHB Bandar Baru Sungai Buloh, dia terus cabut lari dan tidak bayar.
“Buat laporan dengan Grab dan dapat refund semula bila sampai di lokasi, dia terus cabut lari dan tidak bayar.
“Hari ini dia order melalui indrive, mungkin Grab dah kena sekat kot, dari awal lagi aku dah syak penumpang yang sama menipu aku dulu. Aku turunkan lagi seat depan supaya kamera dapat rakam penuh wajah dia,”ujarnya.
Tetiba minta pinjam duit RM100
Katanya lagi, lelaki berkenaan yang dipercayai berasal dari Sabah juga meminta dia meminjam wang sebanyak RM100 dan akan dibayar semula oleh kakaknya apabila sampai ke destinasi.
Mengulas lanjut, Ahmad Azahari bertindak membawa penumpang lelaki terbabit ke balai polis berhampiran, namun individu berkenaan dikatakan telah ‘terjun’ keluar dari kenderaan.
“Awalnya dia cakap nak pinjam RM100 dan bila sampai destinasi kakaknya akan bayar, aku iyakan saja.
“Aku nak bawa dia ke balai polis. Baru saja nak masuk ke dalam balai polis, dia dah terjun. Niat aku cuma nak tangkap penipu ini sebab dulu dah kena dengan dia,”tulisnya di ruangan kapsyen.
Di akhir perkongsian, Ahmad Azahari menitipkan pesanan buat semua pemandu e-hailing agar sentiasa berhati-hati setiap kali menerima menumpang dan berharap kejadian itu tidak akan berlaku lagi.
Sumber: FB Ahmad Azahari via Airasia Ride & Grab malaysia community, Instagram @viralsnowtv / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.