Setahun Tertukar Bayi Kandung, 2 Ibu Menangis Ujian DNA Tunjukkan Hasil 99.99%


Sebelum pulang ke rumah selepas beberapa hari bersalin, Puan Siti Mauliah sempat menyusui anaknya dan tersedar rupa anak itu seperti berbeza dengan bayi yang dilihat pada hari pertama. Pun begitu, suaminya meyakinkan tak mungkin pihak pusat rawatan melakukan kecuaian dalam proses tagging bayi.

Ketika hari beranak, cuma ada 2 bayi lelaki sahaja lahir di pusat rawatan terbabit

Seiring masa, Mauliah kerap merasa tidak sedap badan setiap kali memberikan susu badan kepada anak itu. Hasil ujian DNA yang dibuat olehnya, akhirnya segala firasat buruk terjawab kerana rupanya budak itu bukanlah anak kandungnya. Kemudian, dia ada cuba menjejaki keberadaan anak kandungnya berdasarkan info alamat yang diberikan oleh pihak pusat rawatan.

Kecuaian pihak pusat rawatan akhirnya jadi penganiayaan buat 2 ibu & 2 anak

Setibanya di rumah seorang lagi ibu, Mauliah menahan sebak setelah melihat budak yang amat mirip dengan wajah suaminya. Malang sekali, sebelum ini wanita seorang lagi enggan melakukan ujian DNA kerana belum bersedia dengan keputusan yang bakal keluar. Sudah dijaga selama satu tahun, hati ibu manalah yang tidak berat setelah tiba-tiba berdepan situasi sebegini. Pengenalpastian ini juga melibatkan siasatan terperinci dengan perawat yang bertugas sepanjang 2 ibu ini berada di pusat rawatan.

Kedua-dua ibu berpelukan erat dengan cukup lama

Akhirnya, ibu satu lagi setuju melakukan ujian DNA. Seperti yang dijangka, hasil daripada kedua-dua pihak menunjukkan keputusan 99.99%. Dalam erti kata lain, benarlah selama ini mereka berdua bukan membesarkan anak kandung sendiri. Proses pemulangan 2 kanak-kanak itu kepada keluarga kandung masing-masing akan memakan masa selama sebulan. Sidang media itu diakhiri dengan pelukan erat 2 ibu setelah kebenaran diperolehi.

@babajenaka Proses bayi tertukar sudah pasti dari hasil test DNA kedua keluarga dipastikan tertukar dan dilakukan pertemuan untuk kesepakatan pertukaran bayi #kisahnyata#bayitertukar#jurnalis ♬ suara asli - babajenaka - IG jaenalbungsu89

KREDIT : Portal Kompas TV & TikTok Babajenaka / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post