PELAKON Serina Redzuawan tidak mampu menahan sedih apabila menerima perkhabaran bapanya iaitu Datuk Chef Wan disahkan menghidap kanser limfoma pada Khamis.
Menurut Serina, dia menangis selepas dimaklumkan mengenai perkara itu, namun menganggap ia sebagai satu ujian daripada Allah untuk mereka sekeluarga.
"Semalam hati Serina ibarat kaca berkecai ke lantai apabila dengar berita dan papa hantar mesej beritahu dia ada kanser limfoma.
Chef Wan maklum sendiri keadaan pada anak-anak.
"Memang sedih, saya tak dapat tahan air mata. Saya menangis sepuasnya. Saya tahu ini ujian Allah SWT nak beri pada papa dan kami sekeluarga.
"Allah maha baik pilih papa sebab papa insan yang berhati mulia selalu tolong, selalu menceriakan hidup orang lain, sentiasa bantu ahli keluarga dan adik beradik," katanya.
Serina meluahkan perkara tersebut menerusi Instagram miliknya pada petang Jumaat yang turut memaparkan gambar bapanya.
Dalam pada itu, Serina berkata dia mengagumi bapanya yang dilihat begitu tenang berdepan ujian tersebut.
Dalam masa sama, dia berharap orang ramai mendoakan agar bapanya diberikan kesembuhan segera.
"Syukur Alhamdulillah papa reda, dia tenang terima ketentuan ini... saya bangga dengan papa! InsyaAllah sakit tanda Allah Sayang, mencuci dosa dan menaikkan darjat kita sebagai manusia.
Serina harap bapanya sentiasa tabah dan reda dengan ujian menimpa.
"Mudah-mudahan sahabat semua yang baca nukilan Serina ni tolong doakan kesembuhan buat papa ya!
"YA Allah Ya Syafi berikanlah kesembuhan buat papaku Redzuawan Bin Ismail berinya hati yang kuat dan tabah redha dengan segalanya. Angkatlah kesakitannya, tingkatkan imannya, dekatkan selalu Papa dengan Mu Ya Rahman Ya Rahim," doanya.
Pada malam Khamis, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail memaklumkan dirinya disahkan menghidap kanser limfoma.
Kata Chef Wan, hospital telah melakukan ujian electrocardiogram (ECG) sebanyak dua kali dan mendapati dia didiagnos kanser berkenaan dan perlu menjalani rawatan kimoterapi dalam masa terdekat.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.