Nahas Elmina, pemandu Grab ‘reject’ penumpang sebelum kejadian


Salah seorang mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam semalam merupakan seorang pemandu e-hailing.

Pemandu dah ‘reject’ penumpang sejak pukul 2

Menurut laporan Majoriti, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain percaya bahawa pemandu tersebut dalam keadaan berseorangan dan telah menolak dari mengambil penumpang sejak pukul 2 petang, berdasarkan semakan ke atas syarikat e-hailing.

“Pemandu tersebut telah reject penumpang sejak pukul 2, kita dah check dengan Grab, dia memang reject penumpang,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa pemandu e-hailing tersebut dikenali sebagai Sharipuddin Shaari, 53 tahun.

Perkongsian daripada ahli keluarga

95% proses operasi selesai

Setakat ini, pihak polis mengesyaki hanya satu sahaja mangsa di dalam kenderaan e-hailing tersebut namun proses pengenalan identiti dan ujian DNA masih diteruskan.

Menerusi sidang akhbar di lokasi, Razarudin berkata, operasi mencari cebisan mayat dan pembersihan bangkai pesawat di tempat kejadian telah selesai 95%.

Semua cebisan yang ditemukan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat dan seramai 22 waris hadir untuk diambil sampel DNA untuk dipadankan.

Sumber: Majoriti (Nor Idayu Bosro), Twitter @redzuanNewsMPB, Harian Metro (Samadi Ahmad) Facebook Hazwani Hamdan / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post