Bawa Balik Perempuan Pun Tak Marah, Isteri Merana Suami Guna Sihir Penunduk

Perkahwinan bukanlah jaminan seseorang lelaki mampu membuang sepenuhnya sifat kaki perempuan dalam diri mereka. Tapi siapa sangka, ada para suami yang sanggup lakukan perkara melampau demi ‘menghalalkan’ perbuatan negatif itu. Termasuklah sampai ke tahap menyekutukan Allah.

Bawa balik betina ke rumah adalah perkara biasa untuk suami

Itulah dugaan berat yang terpaksa ditanggung oleh seorang wanita ini apabila hidupnya merana selepas terkena ilmu pengasih dan sihir penunduk suaminya. Lelaki terbabit kuat berfoya-foya sehingga kerap membawa pulang perempuan lain ke rumah, namun si isteri tidak merasa marah dan cemburu langsung dengan perselingkuhan yang disaksikan depan mata kepala sendiri.

Kepala akan dihantukkan ke dinding jika melawan atau bersuara

Jelas wanita ini, setiap hari suaminya akan membaca mantera dan menyembah makhluk lain bagi memastikan ‘ilmunya’ menjadi. Saat cuba melawan, lelaki itu akan bertindak agresif dengan melakukan pelbagai kekerasan terhadap isterinya tanpa belas kasihan.

Sdarlah wahai manusia kiamat itu benar…Kembalilah ke jalan Allah

Menerusi video seorang perawat Islam yang dikongsikan di TikTok, terlihat situasi tegang saat wanita malang itu sedang dirukyah. Sejak dimuat naik, rakaman itu sudah meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan daripada netizen.

@nurularsyifaalmustaqim temui saya dan team Ar-syifa di p.gudang pada 3-6 0gos. #sihir #ilmuhitam #ilmupengasih #rawatanganguanmaklushalus #arsyifa #rawatanarsyifa #rawatanarsyifaalmustaqim #perawatarsyifawanita #pasirgudang #singapore #kualarompinpahang🇲🇾 #kuantan #fyp ♬ Cukup - Rizal Rasid

KREDIT : TikTok Perawat Wanita@Nurul AR-SYIFA / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post