Anak Sendiri Dapat 2A Je, Ibu Sihir Pelajar Lain Yang Straight A+ Hingga Dungu

Apabila anak meraih pencapaian cemerlang di sekolah, ramai ibu cenderung berkongsikan berita gembira itu ke media sosial atas niat mengabdikan memori dan penghargaan. Malangnya di sebalik deretan ucapan tahniah, dikhuatiri ada ‘mata-mata’ yang iri hati dengan kejayaan itu.

Anak dapat semua A+ dalam SPM…Gembira bukan main mak upload ke media sosial

Seorang perawat Islam di TikTok sempat berkongsikan tentang masalah yang dihadapi gadis belasan tahun ini. Meraih keputusan SPM yang amat cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ibunya sempat memuat naik slip berkenaan di semua platform media sosial.

Jin dalam badan berkata, “Aku nak bagi dia bod*h & gila. Aku cemburu dengan anak kau”

Siapa sangka rupanya ada penjaga lain yang dengki melihat kejayaan itu memandangkan anaknya cuma mendapat 2A sahaja. Dari situ, si polan telah melakukan perbuatan sihir kepada pelajar cemerlang tadi sehingga terjadinya gangguan berupa histeria dan ingatan terjejas teruk. Daripada seorang yang pintar, kini gadis malang itu seakan berubah menjadi dungu.


@hasnanrili KAKI SHOW OFF KENA SIHIR #rawatanislamalmustakim #rawatanarsyifa #hasnanrili #ikhtiarmencarikesembuhan #sihir ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs - Skittlegirl Sound

Sebab tu jangan menunjuk sangat…Tak tahu hati orang macam mana

Melihat pendedahan ini netizen juga amat terkejut dan sedih wujudnya para ibu yang sanggup melakukan hal syirik sebegitu. Di satu sudut lain, ada yang merasa lebih selamat untuk tidak berkongsikan kebahagiaan kepada umum.


KREDIT : TikTok Ustaz Hasnan@Rawatan Islam / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post