Daripada kisah Abang Tesla, Alhamdulillah, Allah ajarkan Mashy erti syukur dengan lebih banyak
Kemudian, kecoh pula satu kenyataan yang seakan-akan menggambarkan keputusan poligami mempunyai kaitan dengan faktor ketiadaan zuriat. Bagi Puan Masitah Mohd Affandy, sebentar tadi dia sempat memuat naik sebuah video yang cukup menyentuh sanubari netizen. Menerui kisah Abang Tesla, Mashy belajar erti bersyukur dengan keadaan yang berlaku dalam rumah tangganya. Hal ini kerana, tidak pernah sekalipun suaminya mempersoalkan sebarang kekurangan yang terlihat pada dirinya selaku isteri.
11 tahun kahwin dengan suami & belum ada rezeki zuriat
11 tahun melayari bahtera perkahwinan, mereka masih bahagia hidup berdua dan suaminya juga tidak pernah mempertikaikan bab tiada anak. Meskipun selepas ditimpa nahas jalan raya yang menyebabkan Mashy kehilangan penglihatan hingga sekarang, si suami sangat meraikan kekurangan itu dan tidak pergi meninggalkan.
Kita tak perlu melatah terlalu cepat…Allah nak tengok cara kita respon atas ujian orang lain
Daripada isu Abang Tesla juga, Mashy mendapat hikmah dan kefahaman agar kita semua tidak terlalu cepat melatah atau menghukum. Di saat orang lain sedang melalui dugaan, sebenarnya Allah juga sedang menguji kita semua.
@n.mashyaircond 3 jam sebelum Mr Nick buat kezutan apa ni? Haha 😂 Bukan niat nak membahan atau apa, sekadar berkongsi thoughts dan perspektif tentang apa yang Mashy learn daripada kisah Abg Tesla. Apa yang Mashy boleh kata, ujian setiap orang tu berbeza. Banyak2 buat self reflection dan bersyukur dengan segala yang kita ada sekarang. Kita tak tahu bila semua nikmat ni akan diambil semula oleh Tuannya, kan? #masitahaccident #inspirasi #buta #biiznillah #mashy #nmaircond #roadtotiktokawardsmy ♬ original sound - N.Mashy
KREDIT : TikTok N.Mashy / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.