10 Tahun Tunggu Zuriat, Sayu Isteri Kembali Kepada Ilahi Lepas 3 Bulan Bersalin


 Dalam tekanan untuk hamil, seorang wanita amat beruntung jika dikurniakan suami yang sangat menjaga hati dan mahu sama-sama berusaha mendapatkan zuriat. Seperti kisah pasangan yang tular di TikTok ini, mereka tabah melayari 10 tahun perkahwinan meskipun belum mempunyai cahaya mata.

Isteri pergi selamanya akibat masalah jantung lepas 3 bulan bersalin

Akhirnya berkat doa dan kesabaran mereka selama ini, Puan Ayu disahkan hamil anak pertama dan selamat melahirkan seorang bayi yang cukup comel. Namun siapa sangka selepas 3 bulan menyambut ahli keluarga baru, si suami terpaksa menahan kedukaan apabila isterinya pergi bertemu Ilahi dipercayai akibat masalah jantung.

Tunggu Papa di syurga ya sayang…Ibu selalu hidup di hati papa

Sebelum pemergian itu terjadi, Puan Ayu yang berusia 32 tahun sempat mengajurkan majlis aqiqah buat anak sulung mereka. Meskipun sudah 3 bulan berlalu, lelaki ini kelihatan masih sukar melepaskan kesedihan di hati. Andai diberi pilihan, dia bahkan berkata akan memilih sang isteri agar mereka dapat hidup menua bersama.

Selama 10 tahun, kita bahagia walau tiada anak…Ini semua sudah takdir Allah – suami

Kini bayi perempuan itu sudah memasuki usia 4 bulan, mahu atau tidak lelaki ini harus teruskan hidup membesarkan satu-satunya keturunan yang sempat dilahirkan oleh Allahyarhamah isterinya. Sejak dimuat naik, perkongsian lelaki ini meraih lebih setengah juta tontonan daripada netizen.

KREDIT : TikTok Denok Demplon / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post