1 Tahun Besarkan, Wanita Terkilan Rupanya Anak Tertukar Dengan Anak Orang Lain

Sering merasa tidak sedap hati setiap kali menyusui anaknya, ternyata naluri hati seorang ibu memang tidak pernah salah. Wanita bernama Siti Mauliah bertindak melakukan ujian DNA untuk mendapatkan kepastian di sebalik firasat buruk berpanjangan. Siapa sangka anak lelaki yang sudah dibesarkan selama 1 tahun rupanya bukan zuriat kandungnya.

Ibu rasa tak sedap hati lepas pegang bayi pada hari kedua

Lebih menyedihkan, sehingga kini dia belum tahu keberadaan sebenar anak kandung itu yang merupakan cahaya mata keempat dalam keluarga. Mengimbau detik bersalin czer pada Julai 2022 lalu, sebenarnya dia sempat memegang bayi tersebut pada hari pertama. Namun pada hari kedua ketika sedang memberi susu badan, dia merasa pelik kerana rupa fizikal anaknya seakan berbeza dari semalam.

“Sebelum discharge, saya sempat cakap pada suami. Papa, ni macam bukan bayi kita. Semalam rambut dia macam nipis, tapi yang ini macam lebat pula. Warna kulit pun macam berbeza”

Pihak pusat rawatan beritahu Siti yang tertukar hanya gelang kaki, bukan bayinya

Enggan berfikiran buruk, suami cuba meyakinkan Siti Mauliah tidak mungkin pihak pusat rawatan tersalah melabel bayi. Akhirnya mereka pulang seperti biasa dan terus membesarkan budak itu. Sepanjang itu juga, mereka tetap cuba mengorek pelbagai informasi namun pihak pusat perubatan menafikan sebarang kecuaian daripada pihak mereka. Dari situlah pasangan terbabit nekad menjalani ujian DNA untuk membuktikan segala dakwaan.

Walaupun Muhammad bukan anak kandung, kasih sayang tetap sama…Umpama ada 2 anak

Setelah hasil DNA keluar, pihak pusat perubatan mula memberi alamat rumah seorang patient lama yang dipercayai memiliki anak kandung Siti Mauliah. Apabila menyusul ke sana, Siti amat terharu melihat seorang budak yang amat mirip dengan wajah suami. Dari situ dia amat yakin itulah anak kandung yang sudah tertukar selama ini. Namun Siti sedar dia tidak boleh bertindak melulu apalagi mahu terus merampas budak itu.

KREDIT : Portal Detik News / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post