Tiada yang lebih sakit, anak pasrah ibu bapa ‘pergi’ selepas hantar daftar kolej

Hati seorang anak siapa yang tidak merintih apabila mendapat tahu ibu bapanya maut dalam sebuah kemalangan sebaik sahaja baru menyelesaikan pendaftaran anak di Kolej Matrikulasi Perak, beberapa hari lalu.

Nahas maut lepas daftar anak masuk kolej

Memetik laporan Utusan Online, pasangan suami isteri masing-masing berusia 44 dan 43 tahun itu maut setelah kereta jenis Proton Perdana yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 3.5, Jalan Gopeng-Kota Bharu pada petang Isnin.

Nahas tersebut telah mengorbankan Mohd Ramddan Abd Rahim dan isteri, Kisdalliana Saad di lokasi kejadian.

Sementara itu, ibu kepada Kisdalliana berusia 63 tahun yang juga pemandu kereta berkenaan dan anak perempuan pasangan maut yang berusia tujuh tahun mengalami kecederaan parah.

“Pasangan berkenaan baru mendaftar masuk anak mereka ke Kolej Matrikulasi Perak dan keluar membeli barangan keperluan di Pekan Gopeng sebelum terbabit dalam kemalangan ketika mahu menghantar barang yang dibeli,”ujar kenyataan.

Kereta terbabas sendiri

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, kemalangan berlaku di kawasan kilang memproses tayar terpakai di mana kenderaan dinaiki mangsa dari arah Gopeng menuju ke Kota Bharu.

Katanya, siasatan di lokasi kejadian mendapati, sebuah kereta terbabas sendiri dengan kenderaan itu berada di atas pagar.

“Kemalangan berlaku di jalan lurus dan berturap dengan satu lorong dua hala serta garisan putih panjang berkembar. Ketika kejadian, jalan kering dengan cuaca baik dan lalu lintas juga tidak sibuk.

“Setibanya di lokasi, didapati mangsa lelaki tersepit di bahagian penumpang dan disahkan maut oleh petugas perubatan. Tiga lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak telah pun dikeluarkan oleh orang awam. Seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia,”katanya.

Anak redha dengan pemergian ibu bapa

Meskipun pahit ditelan, anak mangsa nahas, Fatin Syafika redha dengan ketentuan yang ditetapkan oleh-Nya apabila mendapat tahu ibu bapanya maut dalam kemalangan sebaik sahaja baru selesai mendaftar dirinya masuk ke kolej.

Fatin Syafika dalam hantaran di aplikasi TikTok miliknya menyatakan, tiada perkara yang lebih menyakitkan buat dirinya kecuali perlu menerima kenyataan sebenar mengenai ibu bapanya.

Hanya Allah sahaja tahu betapa hancurnya hati…

Fatin Syafika berkata, biarpun hatinya remuk dan sedih, namun dia harus kuat demi adik-adiknya yang masih kecil serta memerlukan kasih sayang daripada seorang kakak.

“Hanya Allah sahaja tahu betapa hancurnya hati aku bila sampai tempat kejadian tadi.

“Tidak mengapa, aku redha. Kuat demi adik-adik aku,”luahnya.

Salam takziah, moga terus kuat..

Rata-rata warganet turut bersimpati dan menzahirkan takziah buat anak mangsa selain menitipkan kata-kata semangat buat remaja tersebut bagi meneruskan kehidupan.



Al-fatihah dan salam takziah diucapkan buat ahli keluarga mangsa.

Sumber: TikTok @f4tin0205, Utusan Online (Asliza Musa) / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post