Tak nak berjauhan, bapa bina rumah se0rang satu untuk anak menantu

 


Bagi gol0ngan yang sudah mendirikan rumah tangga, sudah menjadi kebiasaan bagi segelintir pasangan untuk berpindah keluar dari rumah ibu bapa apabila mencapai temp0h waktu sesuai.

Ini kerana suami isteri boleh menjalani kehidupan secara berdikasi dan privasi, sekali gus dapat mengelakkan sebarang salah faham dalam keluarga besar.

Bagi sebuah keluarga ini, mereka beruntung apabila si bapa membina rumah baharu untuk setiap anak kerana tidak mahu berjauhan antara satu sama lain.

Bina rumah seorang satu
@seketulajira

Such a blessing , semoga dimurahkan rezeki selalu 🤲🏻

♬ The Nights - Avicii

Menerusi satu perkongsian video di akaun TikTok, @seketulajira berkata, deretan kediaman yang dibina di belakang rumah bapanya itu turut dilengkapi dengan ruang landskap serta tempat parkir.


“Cara ayah tak nak anak duduk jauh dari dia, buatkan rumah seorang sebiji dekat belakang rumahnya. Pakej siap dengan parking dan laman rumah,” tulisnya dalam video tersebut.

Bagaimanapun, difahamkan @seketulajira tidak duduk secara percuma sebaliknya masih perlu membayar separuh daripada kos rumah kepada bapanya pada setiap bulan.

Rakaman berdurasi 38 saat itu memaparkan kira-kira empat unit rumah yang sudah siap dibina dan bersedia untuk dihuni oleh anak-anak serta menantu.

Video berkenaan meraih 1.3 juta tontonan dan menerima 107,400 tanda suka selain 2696 komen dalam kalangan netizen yang rata-rata tumpang teruja dan menyifatkan orang tua @seketulajira tidak memilih kasih.





Sumber: TikTok @seketulajira / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post